31 July 2010

Midfield quartet missing for Emirates Cup

Arsenal akan beraksi pada kempen Piala Emirates kali ini dengan 4 tonggak di bahagian tengah Arsenal diketuai kapten pasukan Cesc Fabregas yang hanya akan melaporkan diri semula pada 5 Ogos nanti.. Sementara Denilson, Diaby dan yang terbaru Song turut akan terlepas kempen mempertahankan Piala Emirates..

Walaupun kecederaan mereka tidak serius Wenger tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan menurunkan tonggak bahagian tengah Arsenal.. Jadi tanpa kelibat 4 pemain tengah tersebut Rosicky, Nasri, Eboue dan Wilshere akan mengemudi jentera tengah Arsenal dengan bantuan dari beberapa pemain tengah skuad simpanan..

Bahagian serangan juga akan menyaksikan Nicklas Bendtner dan Roobin Van Persie akan turut disisihkan selepas Bendtner masih bergelut dengan kecederaannya sementara RVP masih belum melaporkan diri.. Jadi bahagian serangan Arsenal akan diketuai Chamakh, Arshavin, Walcott dan Vela dan juga mungkin sedikit bantuan dari penyerang berbakat skuad simpanan Arsenal..

Ketiadaan Cesc Fabregas dan Van Persie menyaksikan Manuel Almunia muncul kapten Arsenal.. Namun dengan masa depannya berada dalam keraguan Wenger mungkin akan memberikan penghormatan kepada Tomas Rosicky, Thomas Vermaelen dan juga mungkin Samir Nasri untuk mengetuai skuad Arsenal mempertahankan Piala Emirates..

Dan sedikit berita pasal Mark Schwarzer.. Walaupun Fulham telah melantik Mark Hughes sebagai pengurus baru mereka, Schwarzer dilaporkan masih tetap mahu ke Emirates Stadium selepas dilaporkan beliau telah menetapkan hatinya untuk menerima tawaran Arsenal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment