25 July 2010

Arshavin pujuk Akinfeev

Dalam diam-diam sebenarnya Arshavin memujuk rakan senegaranya Igor Akinfeev untuk menyertainya di Arsenal selepas Akinfeev mengakui dia pernah bertanya kepada Arshavin tentang kehidupan di London.. Sebelum ini Arshavin mengeluarkan kenyataan lupakan pasal Schwarzer kerana ianya lari daripada agenda..

Namun dalam diam-diam beliau mempunyai agenda tersendiri iaitu cuba melihat rakan senegaranya itu menyertainya di Arsenal.. Akinfeev bukanlah nama asing untuk Arsene Wenger.. Wenger cukup berminat dengannya sebelum EURO 2008 dan dilaporkan Wenger pernah membuat tawaran untuk Akinfeev namun ditolak..

Atikah x pasti kenapa.. Dan dalam masa yang sama jugak x pasti sama ada benar ataupun tidak cerita itu.. Tapi apa yang pasti Akinfeev bukanlah penjaga gol yang teruk.. Akinfeev cukup bagus dan tambahan pula umurnya baru 24 tahun tetapi telah mempunyai 40 cap untuk negaranya iaitu Russia.. Namun salah satu masalahnya dahulu ialah dia cukup lemah untuk menepis bola menggunakan kakinya.. Tetapi selain daripada itu langsung tiada masalah..

"Arsenal and Manchester United are two of the very best clubs in the world.. If both of them are going to be looking for keepers this summer - or even the next summer - then of course I am interested.."

"I have spoken with Arshavin about Arsenal and ­London life.. He has only had good things to say about the club and the city.. He said some very nice things about me going on to be the best goalkeeper in the world - and that he would like me to reach that goal at Arsenal with him.."

Namun sudah semestinya kalau Wenger berminat untuk mendapatkan Akinfeev kita terpaksa bersaing depan MU.. Tetapi Arshavin pasti akan memujuk habis-habisan rakan senegaranya itu menyertai Arsenal jika Wenger berminat untuk membawa Akinfeev.. Namun buat masa ini hanya Schwarzer saja yang Wenger berminat..

Tetapi dengan spy Atikah beritahu yang Wenger menolak peluang menandatangani David James yang jauh lebih berpengalaman dan ejen bebas itu mungkin memberikan petunjuk yang Wenger mungkin tidak ambil serius tentang situasi penjaga golnya.. Schwarzer masih belum tentu ke Arsenal..

Memandangkan situasi pengurusan Fulham masih belum selesai.. Namun bagi Atikah kalau kita lambat dapat Schwarzer.. Ianya mampu menyusahkan kita kerana Schwarzer tidak biasa beraksi stail Arsenal.. Walaupun dia penjaga gol tetapi cukup penting untuknya memahami corak permainan Arsenal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment