Koscielny training bersama skuad simpanan

Perjanjian bernilai 12 juta euro (10 juta pound) bersama bonus dan juga Francis Coquelin ke FC Lorient dilaporkan telahpun dimeterai dengan Lorient dilihat akan mendedahkan pemain pertahanan baru yang mengantikan tempat Koscielny pada hari ini.. Koscielny akan menerima gaji mingguan sebanyak 25 ribu pound dalam kontrak 4 tahun..
Jika segala-galanya sudah selesai mengapa Arsenal masih belum memperkenalkan Koscielny.. Ada fans Arsenal yang risau mungkin ada masalah dengan ujian perubatan Koscielny.. Namun mungkin sebab utamanya kerana ketiadaan Wenger.. Wenger dilaporkan masih berada di Afrika Selatan jadi tanpa Wenger sesi perkenalan pemain dilihat terpaksa ditangguhkan..
Namun menurut spy Atikah.. Koscielny dilihat menjalani latihan bersama skuad simpanan dan belia Arsenal yang mula turun berlatih minggu lepas sementara menunggu disahkan sebagai pembelian kedua Arsenal.. Turut serta dalam latihan tersebut ialah 2 pemain baru skuad simpanan iaitu Kyle Ebicilio dan Philip Roberts.. Atikah harap Arsenal boleh mengesahkan Koscielny sebagai pemain baru Arsenal tidak lama lagi..

Keown risau sama ada Koscielny mampu atau tidak untuk pantas menyesuaikan diri di liga EPL yang cukup mencabar ini dan juga atas faktor pengalaman.. Walaupun hakikatnya Koscielny sebaya dengan bakal gandingannya musim depan Vermaelen.. Apa-apa hanya Wenger saja tahu siapa yang terbaik dalam pasukannya.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment