07 July 2010

Kwadwo Asomoah & Serdar Tasci ke Arsenal ??

Pemain tonggak tengah Ghana yang menyinar di Piala Dunia yang lalu iaitu Kwadwo Asomoah dilaporkan telah menarik perhatian Arsene Wenger untuk membawanya ke Arsenal.. Pemain tengah berusia 21 tahun ini turut menarik perhatian beberapa kelab besar Eropah yang lain.. Namun menurut ejen dan pemain tersebut sendiri EPL merupakan keutamaannya..

Asomoah pernah mengakui pada bulan Mei yang lalu tentang kemungkinan untuk menyertai Arsenal.. Pemain tengah kelab Udinese ini dengan pantasnya tidak menolak peluang tersebut.. Namun masalah utama Arsenal ialah Udinese memandang tinggi pemain tengah mereka ini dan telah meletakkan tag berharga 30 juta euro untuk khidmar Asomoah..

Sementara itu ejen pemain pertahanan berbakat berusia 23 tahun, Serdar Tasci memberitahu yang Arsenal merupakan pilihan utama pemain pertahanan tersebut selepas terdapat laporan yang Arsenal terpaksa bersaing dengan Spurs untuk mendapatkan tandatangan pemain pertahanan VFB Stuggart tersebut..

Menurut ejen Tasci, Tasci merupakan peminat Arsene Wenger (tengok walaupun kelab x menang apa-apa dalam 5 musim masih ada yang nak ke Arsenal disebabkan krediabiliti Arsene Wenger).. Jadi pastinya berita ini memberikan Wenger peluang untuk mendapatkan Tasci daripada Stuggart.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment