09 July 2010

Penjelasan tentang masa depan Manuel Almunia

Atikah di sini mahu membuatkan artikel khas tentang krisis tentang masa depan Manuel Almunia.. Di dalam Utusan Malaysia Online.. Mereka menulis tajuk Wenger sedia lepaskan Almunia selepas membuat komen kepada satu akhbar tabloid di luar negara dengan mengatakan Almunia hebat namun mempunyai masalah semasa perlawanan besar..

Atikah dah postkan sebelum ini yang laman web rasmi Arsenal telah menyangkal sebarang laporan yang Arsene Wenger membuat komen tersebut.. Jadi seperti Atikah katakan sebelum ini jika anda mendengar berita ini anda dikehendaki tidak menghiraukannya kerana ianya tidak benar sama sekali..

Atikah sendiri tidak percaya yang Wenger akan membuat komen tersebut sehinggakan menjadi faktor utama mengapa Atikah tidak postkan di dalam blog ini.. Jadi akhirnya segalanya telah terjawab yang berita tersebut sama sekali tidak benar dan media di luar negara mula menarik kembali berita tersebut selepas Arsenal meminta mereka melakukannya..

Jadi Atikah juga berharap yang akhbar di Malaysia akan mengikut jejak langkah media luar negara yang menarik kembali kenyataan tersebut kerana Wenger tidak pernah mengatakannya dan sumber tersebut sama sekali tidak benar.. Atikah harap Atikah dah bagi segala penjelasan dan anda semua faham..

Walaupun Wenger tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.. Wenger jelas masih berfikir kemungkinan untuk menandatangani penjaga gol baru.. Selepas kehilangan Eduardo kepada Genoa.. Wenger berkemungkinan akan mengalih perhatiannya kepada penjaga gol Udinese dan Slovenia, Samir Handanovic..

Wenger kini meletakkan Handavonovic sebagai pilihan pertamanya selepas terlepas Eduardo kepada Genoa dan selepas Schwarzer gagal ujian perubatan dan dilaporkan juga Fulham telah menolak tawaran daripada Arsenal (di mana Atikah sendiri x pasti apa situasi rumours sebenar tentang Mark Schwarzer)..

Handavonovic bersusia 26 tahun pada 14 Julai ini berkemungkinan akan menyertai Arsenal jika Wenger berjaya membuat tawaran yang sukar ditolak kelabnya Udinese.. Kontrak terkini Handavonovic akan tamat pada musim panas 2012.. Atikah akan terus ikuti berita ini dan jika ada apa-apa berita baru Atikah akan postkan.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment