Situasi penjaga gol Arsenal

Sejujurnya Atikah kurang senang dengan keputusan Wenger yang cukup berminat untuk membawa masuk Schwarzer.. Atikah yakin ada yang setuju dengan pandangan Atikah yang Fabianski, Mannone dan Szczesny lebih baik dari Schwarzer dan mereka juga jauh lebih muda daripada penjaga gol veteran Fulham tersebut dan mereka masih lagi belajar dan boleh muncul lebih baik lagi..
Perlawanan awal pagi tadi telah menyaksikan segelintir fans Arsenal meluahkan rasa gembira mereka melihat aksi penjaga gol yang sering melakukan kesilapan, Lukasz Fabianski.. Atikah sendiri gembira dengan aksinya.. Fabianski tampaknya semakin cemerlang dengan sering berada di posisi yang tepat dan Fabianski juga dilihat kurang gugup lagi..

Fabianski sememangnya mempunyai bakat.. Namun bakat beliau sering dibayangi dengan masalah ketahanan mentalnya dan sifat terburu-burunya semasa membuat keputusan.. Jika Fabianski mampu mengetepikan masalah tersebut.. Tidak mustahil Fabianski mampu menjadi penjaga gol yang bagus
Namun Fabianski masih ada banyak benda yang perlu diimprovenya.. Terutama sekali situasi hantaran lintang ataupun corner.. Situasi yang cukup Arsenal lemah semasa bertahan.. Cuma Szczesny saja Atikah nampak senang menangani situasi tersebut mungkin kerana faktor ketinggiannya.. Namun selepas 2 perlawanan persahabatan.. Atikah sudah mula nampak persaingan di antara Fabianski dan Szczesny..

Sudah semestinya Fabianski akan muncul sebagai pilihan utama Wenger atas faktor umur Fabianski dan juga atas faktor Fabianski sudah ada pengalaman di pentas tertinggi bola sepak berbanding Szczesny.. Namun mengapa Wenger tidak mengambil peduli tentang Mannone yang dilihat akan menjadi penjaga gol pilihan ketiga walaupun cemerlang musim lalu??


Kita tidak perlukan penjaga gol baru jika Fabianski dan Szczesny serta Mannone mengekalkan rentak mereka di perlawanan pra musim.. Ketiga-tiga mereka boleh di harapkan untuk kempen musim depan dengan syarat mereka mampu terus improve dan berjaya mengekalkan rentak konsisten..
Nampaknya rumours yang mengatakan Wenger akan meletakkan Fabianski sebagai penjaga gol nombor satu semakin menjadi kenyataan terutama sekali jika Fabianski terus menampilkan aksi menyakinkan dan berjaya menepis asakan berterusan daripada Mannone dan Szczesny untuk posisi nombor satu Arsenal..
Atikah rasa situasi Wenger menegaskan tiada penjaga gol nombor satu Arsenal buat masa ini telah membuatkan ketiga-tiga penjaga gol muda Arsenal ini bersemangat untuk membuktikan kemampuan mereka.. Mungkin semua orang akan katakan yang Wenger beri petunjuk dia akan bawa masuk penjaga gol baru..
Namun selepas melihat aksi penjaga gol Arsenal pada perlawanan pra musim.. Wenger mungkin mengeluarkan kenyataan tersebut untuk memotivasikan Fabianski, Mannone dan Szczesny untuk bersaing untuk tempat sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal.. Atikah yakin jika ketiga-tiga mereka kekal cemerlang x mustahil Arsenal tidak perlukan penjaga gol baru..
Dan peminat Arsenal juga tidak perlu lagi risau tentang masalah penjaga gol Arsenal.. Kerana Arsenal sememangnya mempunyai penjaga gol berkualiti cuma mereka yang tidak mahu menunjukkannya mungkin kerana tidak percaya yang mereka mampu menewaskan Almunia untuk posisi penjaga gol nombor satu Arsenal.. Terutama sekali sebelum itu Almunia beraksi cemerlang untuk Arsenal..
Atikah harap situasi penjaga gol Arsenal ini akan bertambah menyenangkan dan akhirnya Arsenal mempunyai penjaga gol berkaliber untuk mengharungi musim depan dan akhirnya memenangi trofi kejuaraan selepas 5 musim tanpa sebarang kejuaraan dan selepas semusim perdebatan tentang masalah penjaga gol Arsenal.. Adios!!
2 comments:
kelab sebesar Arsenal harus ada golkeeper yg berkelas dan berkualiti.
22.7.10Sementara Almunia tengah laku nih, baik jual je dia. Dapat la sikit duit. Keeper arsenal dah mantap, cume perlu pengalaman je.
23.7.10Post a Comment