22 July 2010

Situasi penjaga gol Arsenal

Arsene Wenger sekarang ini mungkin boleh sedikit menarik nafas lega dengan situasi penjaga golnya selepas Fabianski dan Szczesny masing-masing menampilkan aksi yang cukup menyakinkan dalam 2 perlawanan persahabatan menentang Barnet dan SK Sturm Graz.. Adakah Wenger akan fikir semula untuk membawa Schwarzer ke Arsenal??

Sejujurnya Atikah kurang senang dengan keputusan Wenger yang cukup berminat untuk membawa masuk Schwarzer.. Atikah yakin ada yang setuju dengan pandangan Atikah yang Fabianski, Mannone dan Szczesny lebih baik dari Schwarzer dan mereka juga jauh lebih muda daripada penjaga gol veteran Fulham tersebut dan mereka masih lagi belajar dan boleh muncul lebih baik lagi..

Perlawanan awal pagi tadi telah menyaksikan segelintir fans Arsenal meluahkan rasa gembira mereka melihat aksi penjaga gol yang sering melakukan kesilapan, Lukasz Fabianski.. Atikah sendiri gembira dengan aksinya.. Fabianski tampaknya semakin cemerlang dengan sering berada di posisi yang tepat dan Fabianski juga dilihat kurang gugup lagi..

Situasi one by one yang berjaya diselamatkan Fabianski selepas Vermaelen melakukan kesilapan dipuji fans Arsenal atas ketangkasan Fabianski dalam situasi tersebut.. Jika sebelum ini dengan mudahnya Fabianski sering tewas dalam situasi tersebut.. Kali ini tidak lagi.. Fabianski tenang melakukan gerakan dan berada di posisi yang tepat untuk memastikan gawangnya tidak di bolosi..

Fabianski sememangnya mempunyai bakat.. Namun bakat beliau sering dibayangi dengan masalah ketahanan mentalnya dan sifat terburu-burunya semasa membuat keputusan.. Jika Fabianski mampu mengetepikan masalah tersebut.. Tidak mustahil Fabianski mampu menjadi penjaga gol yang bagus

Namun Fabianski masih ada banyak benda yang perlu diimprovenya.. Terutama sekali situasi hantaran lintang ataupun corner.. Situasi yang cukup Arsenal lemah semasa bertahan.. Cuma Szczesny saja Atikah nampak senang menangani situasi tersebut mungkin kerana faktor ketinggiannya.. Namun selepas 2 perlawanan persahabatan.. Atikah sudah mula nampak persaingan di antara Fabianski dan Szczesny..

Dengan Almunia jelas telah kehilangan kepercayaan Wenger dan fans Arsenal.. Tinggal Fabianski, Mannone dan Szczesny untuk bersaing merebut jersi nombor 1 Arsenal musim depan jika tiada penjaga gol baru di bawa masuk.. Namun ianya dilihat Fabianski dan Szczesny merupakan calon utama untuk posisi tersebut..

Sudah semestinya Fabianski akan muncul sebagai pilihan utama Wenger atas faktor umur Fabianski dan juga atas faktor Fabianski sudah ada pengalaman di pentas tertinggi bola sepak berbanding Szczesny.. Namun mengapa Wenger tidak mengambil peduli tentang Mannone yang dilihat akan menjadi penjaga gol pilihan ketiga walaupun cemerlang musim lalu??

Menurut undian.. Fans Arsenal rata-ratanya meletakkan Szczesny sebagai penjaga gol nombor satu sementara Mannone di tempat kedua dengan Fabianski di tempat ketiga.. Namun mulanya pra musim.. Ianya dilihat Fabianski berada di tempat pertama sementara Szczesny dan Mannone masing-masing di tempat kedua dan ketiga..

Mungkin antara salah satu faktor Mannone akan jadi pilihan ketiga ialah kerana Wenger lebih mempercayai bakat Fabianski dan juga Szczesny.. Mannone mungkin perlukan aksi pinjaman di kelab liga perdana inggeris yang lain untuk mendapatkan kepercayaan yang lebih dari Wenger.. Namun apa-apa pun sekarang ini Atikah harap aksi penjaga gol Arsenal akan terus menyakinkan selepas ini..

Kita tidak perlukan penjaga gol baru jika Fabianski dan Szczesny serta Mannone mengekalkan rentak mereka di perlawanan pra musim.. Ketiga-tiga mereka boleh di harapkan untuk kempen musim depan dengan syarat mereka mampu terus improve dan berjaya mengekalkan rentak konsisten..

Nampaknya rumours yang mengatakan Wenger akan meletakkan Fabianski sebagai penjaga gol nombor satu semakin menjadi kenyataan terutama sekali jika Fabianski terus menampilkan aksi menyakinkan dan berjaya menepis asakan berterusan daripada Mannone dan Szczesny untuk posisi nombor satu Arsenal..

Atikah rasa situasi Wenger menegaskan tiada penjaga gol nombor satu Arsenal buat masa ini telah membuatkan ketiga-tiga penjaga gol muda Arsenal ini bersemangat untuk membuktikan kemampuan mereka.. Mungkin semua orang akan katakan yang Wenger beri petunjuk dia akan bawa masuk penjaga gol baru..

Namun selepas melihat aksi penjaga gol Arsenal pada perlawanan pra musim.. Wenger mungkin mengeluarkan kenyataan tersebut untuk memotivasikan Fabianski, Mannone dan Szczesny untuk bersaing untuk tempat sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal.. Atikah yakin jika ketiga-tiga mereka kekal cemerlang x mustahil Arsenal tidak perlukan penjaga gol baru..

Dan peminat Arsenal juga tidak perlu lagi risau tentang masalah penjaga gol Arsenal.. Kerana Arsenal sememangnya mempunyai penjaga gol berkualiti cuma mereka yang tidak mahu menunjukkannya mungkin kerana tidak percaya yang mereka mampu menewaskan Almunia untuk posisi penjaga gol nombor satu Arsenal.. Terutama sekali sebelum itu Almunia beraksi cemerlang untuk Arsenal..

Atikah harap situasi penjaga gol Arsenal ini akan bertambah menyenangkan dan akhirnya Arsenal mempunyai penjaga gol berkaliber untuk mengharungi musim depan dan akhirnya memenangi trofi kejuaraan selepas 5 musim tanpa sebarang kejuaraan dan selepas semusim perdebatan tentang masalah penjaga gol Arsenal.. Adios!!

2 comments:

zizie said...

kelab sebesar Arsenal harus ada golkeeper yg berkelas dan berkualiti.

22.7.10
Sazly Salfarina said...

Sementara Almunia tengah laku nih, baik jual je dia. Dapat la sikit duit. Keeper arsenal dah mantap, cume perlu pengalaman je.

23.7.10

Post a Comment