Fabregas menang World Cup !!

Bercerita pasal Fabregas.. Atikah telah mendapat laporan daripada spy Atikah yang presiden Barcelona akan menawarkan 50 juta pound untuk mendapatkan Fabregas.. Namun Wenger serta pengurusan Arsenal dilaporkan tidak tertarik dengan sebarang harga yang diletakkan kepada Fabregas selepas menegaskan Cesc Fabregas bukan untuk dijual dalam sebarang harga sekali pun..

Jadi kepada sesiapa yang ada mendengar berita ini.. Atikah mahu anda semua tidak mengambil peduli dengan rumours ini.. Kerana Atikah x nampak sebarang hakikat yang Wenger sanggup melepaskan Clichy semata-mata untuk mendapatkan Felipe Melo yang Atikah mula x suka stail dia main sejak tengok aksi dia di Afrika Selatan baru-baru ini..
Bukannya apa dia selalu melakukan terjahan yang merbahaya dan ianya mampu mengundang padah untuk pasukan.. Arsenal tidak perlukan Melo kerana Song semakin hebat dari semasa ke semasa dan Denilson serta Diaby boleh mengantikan tempat Song jika beliau mengalami kecederaan.. So Atikah sekali lagi x nampak apa sebab Wenger lepaskan Clichy untuk Melo..

So Atikah x pasti sama ada Wenger masih mahukan Joe Cole ataupun tidak.. Namun mungkin Wenger sebenarnya dah selesaikan perpindahan Cole ke Arsenal sebab tulah dia cakap dia dah berpuas hati dengan jentera tengahnya.. Aaah.. Biarlah masa yang menjawabnya jika Wenger beli Cole ataupun tidak..

Namun jika Eduardo pergi dan Joe Cole masuk.. Hmm.. Ianya sesuatu yang menarik.. Tetapi sekali lagi Atikah tegaskan ianya masih rumours dan Atikah masih belum boleh pastikan sama ada Cole akan sertai Arsenal mahupun tidak dan sama ada Eduardo akan kekal ataupun tidak.. Adios Amigos!!
0 comments:
Post a Comment