27 July 2010

Stekelenburg atau Marchetti ??

Arsene Wenger dilaporkan sudah penat menanti perjanjian Mark Schwarzer menemui kata putus.. Atas disebabkan itu, laporan memberitahu yang Wenger kini mengalih arah terhadap penjaga gol yang lain.. Di antara dua penjaga gol iaitu Maarten Stekelenburg ataupun Federico Marchetti..

Seperti yang Atikah laporkan sebelum ini.. Maarten Stekelenburg berpeluang cerah untuk menyertai Arsenal selepas sumber dalaman pasukan Ajax memberitahu yang Arsenal cukup berpeluang untuk mendapatkan Stekelenburg.. Namun Wenger kini mempunyai pilihan kedua..

Penjaga gol nombor dua Itali, Federico Marchetti kini berada di dalam pasaran pemain selepas kelabnya Cagliari bersedia untuk melepaskan penjaga gol nombor satu mereka itu selepas Marchetti mahu mendapatkan cabaran baru.. Menurut presiden Cagliari, Arsenal telah menluahkan minat mereka untuk khidmat Marchetti..

Ini ialah kenyataan presiden kelab Cagliari.. "The only real club that is pushing for his signature is Arsenal.." Namun jika Wenger berminat membawa masuk seorang penjaga gol baru, Wenger perlu menjual Manuel Almunia terlebih dahulu kerana tidak bagus untuk mempunyai 5 penjaga gol di dalam satu pasukan..

Almunia dilaporkan kini diperhatikan secara serius kelab profesional pertamanya, Osasuna selepas Atletico Madrid di lihat bagaikan telah melupakan hasrat mereka untuk mendapatkan Almunia.. Atikah akan updatekan sebarang berita terkini pasal penjaga gol baru sebaik Atikah dapat berita terkini.. Adios!!

1 comments:

Sazly Salfarina said...

Atikah pegi bagitau kat wenger tu, jual je si almunia. Ramai keeper yang bagus nak main untuk arsenal.

27.7.10

Post a Comment