29 July 2010

Emirates Cup 2010

Hujung minggu ini akan menyaksikan aksi Emirates Cup akan mengambil alih dan menjadi titik penentu keupayaan sebenar Arsenal tanpa kelibat kapten dan penolong kapten pasukan sekali lagi kerana masih bercuti selepas kali ini Arsenal terpaksa menentang bukan calang-calang pasukan untuk misi mempertahankan kejuaraan Emirates Cup..

AC Milan dan Celtic akan menjadi penghalang Arsenal musim ini.. Dengan menurut ramalan Arsenal dan Lyon yang tidak bertemu dalam kempen ini akan bersaing hebat untuk membawa pulang trofi Emirates Cup.. Arsenal pernah menundukkan AC Milan di saingan liga juara-juara di mana Fabregas muncul hero hasil sepakan jarak jauhnya..

Sementara Celtic ditumpaskan Arsenal pada pusingan kelayakan Champions League musim lalu dengan sedikit kontroversi apabila Eduardo yang kini bersama Shaktar dilaporkan menjatuhkan badannya dengan sengaja untuk mendapatkan sepakan penalti yang menyaksikan Arsenal menumpaskan Celtic dengan mudah..

Pada 31 Julai 2010, Arsenal akan bertemu kuda tua dari Itali, AC Milan pada perlawanan pertama kempem Piala Emirates.. Berita baik semua.. Astro seperti musim lepas akan menyiarkan secara langsung perlawanan ini.. Pada pukul 9 malam Astro saluran 816 akan siarkan perlawanan Lyon menentang Celtic sebelum pada pukul 11.20 malam akan disiarkan Arsenal vs AC Milan..

Begitu juga pada 1 Ogos 2010.. Tarikh perlawanannya sama dan disiarkan secara langsung oleh Astro saluran 816.. Pukul 9 malam AC Milan vs Lyon dan pukul 11.20 malam Arsenal vs Celtic.. Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.. Dan harap-harap Arsenal kekalkan kejuaraan Emirates Cup.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment