27 June 2010

Arsenal akan kehilangan Barazite ??

Nacer Barazite.. Merupakan pemain sayap yang cukup berbakat besar dan tidak pernah menghampakan semasa dipanggil skuad utama.. Namun pemain sayap Belanda berusia 20 tahun ini sering disebut-sebut akan menyertai skuad utama.. Namun setiap kali musim pra musim, dia akan dikecewakan Wenger walaupun menampilkan aksi cemerlang..

Barazite mampu beraksi sebagai pemain sayap, pemain tengah menyerang mahupun sebagai seorang penyerang.. Barazite sering menjaringkan gol semasa kempen pra musim menentang Barnet dan setiap kali menentang Barnet dia akan muncul sebagai hero.. Namun ianya masih belum membuatkan Wenger memilihnya dalam skuad utama..

Disebabkan perkara itu.. Barazite mengakui yang dia akan bertemu dengan Arsene Wenger untuk berbincang tentang masa hadapannya di Arsenal.. Namun dengan Fran Merida telah melangkah pergi.. Barazite merupakan calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan Merida di dalam pasukan..

Bagi Atikah ianya satu kehilangan yang besar di dalam skuad Arsenal jika Arsenal membuat keputusan melepaskannya.. Kontraknya akan tamat tidak lama lagi dan Wenger perlu lakukan sesuatu sebelum kita kehilangan seorang lagi pemain yang berbakat besar.. Namun apa yang pasti, sentuhan penyudahnya amat mengkagumkan..

Bagi Atikah Barazite jauh lebih bagus berbanding Fran Merida yang kadang kala mengecewakan apabila diberikan peluang beraksi.. Namun walaupun Barazite sering mendapat peluang beraksi beberapa minit sahaja, Barazite x akan mengecewakan namun disebabkan faktor Merida dianggap klon Fabregas, ianya menyaksikan Barazite terpaksa diketepikan..

Namun bagi Atikah jika Wenger memberikannya lebih banyak peluang untuk beraksi di dalam skuad utama.. Ianya mungkin boleh membuatkannya muncul sebagai klon Bergkamp.. Kerana Atikah nampak ciri-ciri tu dah ada.. Cuma masih belum keluar sepenuhnya lagi.. Apa salahnya berikan dia lebih banyak peluang dan jika Barazite cemerlang mungkin kita dah jumpa klon Dennis Bergkamp.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment