Arsenal cuba dapatkan Laurent Koscielny
Arsenal tampak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tandatangan pemain pertahanan berusia 24 tahun dari FC Lorient, Laurent Koscielny selepas menaikkan tawaran awal yang ditolak Lorient untuk khidmat pemain pertahanan mereka..Sebelum ini Ivan Gazidis mencuba tawaran bernilai sekitar 7 juta pound namun ditolak memandangkan Arsenal tidak bersetuju untuk membenarkan sekali pemain tengah remaja Arsenal, Francis Coquelin untuk dipinjamkan selama setahun di kelab tersebut..
Jadi untuk kembali menarik minat Lorient menjual tonggak yang baru dibeli mereka semasa bermulanya musim 2009/2010 ini, Arsenal berharap tawaran sekitar 9 juta pound mereka ini akan diterima untuk memastikan Wenger mendapatkan khidmat pemain yang boleh beraksi bersama Perancis mahupun Poland ini..
Dengan Arsenal dilihat semakin hampir untuk melepaskan trio pertahanan veteran, Mikael Silvestre, William Gallas dan Sol Campbell.. Kehadiran 2 atau 3 pemain pertahanan yang baru cukup diperlukan..
Pilihan kedua Wenger pula untuk pemain pertahanan baru ialah bekas rakan sepasukan pertahanan Thomas Vermaelen di Ajax iaitu Gregory Van Der Wiel.. Pemain pertahanan berusia 22 tahun ini dilihat menjadikan Arsenal sebagai pilihan utamanya diatas Real Madrid dan Barcelona yang turut serta berminat dengan khidmatnya..
Namun Van Der Wiel mahu fokus pada Piala Dunia terlebih dahulu sebelum berbincang untuk perpindahan keluar dari Ajax.. Dengan komen terbaru Van Der Wiel tentang dia yakin boleh beraksi di EPL dan prospek bermain bersama Robin Van Persie dan didik oleh Arsene Wenger, Van Der Wiel jelas tertarik untuk ke Arsenal.. Adios!!
2 comments:
van der wiel bkn main right back je ke atau leh main sekali Center back??arsenal skrg dh ade sagna dgn eboue...so skrg ni di arsenal kurang pemain CB..
14.6.10dia sebenarnya centre back.. tapi kat ajax ngan belanda dia main right back.. mcm vermaelen lah..
15.6.10Post a Comment