29 June 2010

Arsenal Player of The Season

Laman web Arsenal telah mengesahkan yang kapten pasukan, Cesc Fabregas disahkan sebagai pemain terbaik tahunan dengan mengumpul undian sebanyak 49.8 % undian selepas menjaringkan 19 gol dalam kesemua kejohanan untuk Arsenal sebelum Fabregas meretakkan tulang fibula kaki kanannya semasa menentang pasukan remajanya Barcelona di Emirates Stadium..

Sementara itu seperti yang Atikah jangkakan.. Thomas Vermaelen mengikuti di tangga kedua ketinggalan jauh kebelakang.. Vermaelen menerima undian sebanyak 22.1 % undian selepas debut musim pertamanya di Arsenal yang menakjubkan.. Vermaelen menjaringkan 8 gol dalam semua kejohanan.. Kebanyakannya menerusi tandukan mahupun rembatan menakjubkan..

Alex Song yang menjadi nadi utama Arsenal di bahagian tengah Arsenal diberikan penghormatan oleh fans Arsenal seluruh dunia selepas undian sebanyak 12.7 % undian telah mencukupi untuk meletakkannya di top 3 pemain terbaik Arsenal..

Robin Van Persie yang menerima anugerah pemain terbaik tahunan musim 08/09 berada di tempat keempat dengan undian sebanyak 3.5 % undian.. RVP menjaringkan 10 gol sepanjang musim lalu walaupun beraksi hanya 20 perlawanan dengan dua darinya sebagai pemain gantian..

Namun mengambil kira faktor Van Persie terlepas banyak perlawanan akibat kecederaan.. Rekod gol tersebut cukup mengkagumkan selepas meledak 20 gol pada musim 2008/2009 iaitu rekod gol terbaiknya.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment