02 June 2010

Aaron Ramsey sain kontrak baru !!

Aaron Ramsey yang kini sedang menjalani proses pemulihan akibat tulang betis dan tulang kering kaki kanannya patah selepas diterjah Shawcross telah diberikan kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal hasil dari aksi cemerlangnya sepanjang musim 2009/2010 sebelum terpaksa melupakan bola sepak dalam masa yang mungkin cukup panjang selepas kakinya patah pada bulan Februari..

Ramsey yang menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan 5 juta pound dari Cardiff 2 tahun yang lalu selepas menolak tawaran dari Manchester United selepas yakin yang dia lebih mempunyai banyak peluang untuk beraksi di Arsenal, melalui musim yang cukup cemerlang musim ini dengan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Fabregas semasa kapten pasukan cedera, melakukan tugasnya dengan cemerlang sekali..

Dengan hakikat Ramsey mempunyai masa depan yang cukup cerah tanpa mengambil peduli impak negatif yang mungkin akan berlaku selepas tulang kaki kanannya semakin pulih, Arsenal pastinya tidak mahu melihat permata baru Arsenal serta klon Fabregas ini meninggalkan pasukan..

Ramsey akan berusia 20 tahun pada 26 Disember ini di mana bulan yang Atikah harap fans Arsenal akan kembali melihat aksi rambo semula sejak Februari atau sekurang-kurangnya mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan semula.. Namun staf perubatan Arsenal berharap yang Rambo akan kembali berlatih semula pada musim luruh ini..

Namun untuk pengetahuan anda, sebenarnya Ramsey telah pun menandatangani kontrak jangka masa panjang pada 1 Julai 2009 iaitu genap 11 bulan hari ini.. Namun atas disebabkan Ramsey cukup yakin yang Arsenal mampu menjulangnya dan mengilap bakatnya, Ramset terus memberikan komitmennya kepada kelab selepas menerima sokongan padu dari fans mahupun staf kelab atas nasib yang dialaminya..

"I'm very happy here at Arsenal, it's a great club and I've learned a lot since I've been here.. Every player wants to play in a team where they can play football and I feel that this is the way it should be played, so that's one of the reasons I signed a new contract.."

I think I can still develop my game a lot, and I'm in the right place to do that with the support of the manager and also a squad of very talented players.. I'm convinced the next few years will
be a time where my career kicks on to a new level, it's an exciting time to be part of the Club.."

Semasa berbicara dengan Arsenal TV Online, ini respon Ramsey tentang Wenger dan kecederaannya.. "I think he has helped me massively so far.. I think I have still got areas I can improve on but generally I think I have improved as a player and I had just started to show that and started to play a bit more in games but unfortunately then the injury came.."

"It was very frustrating.. But there was nothing I could do about it.. The way I think about it is that it has happened now and there is nothing I can do about it so this is my challenge now, to get back.. That is what I am concentrating on.."

Atikah harap semua pemain Arsenal mencontohi sikap Rambo ini.. Terutama sekali Fabregas.. Jika dia ragu-ragu untuk kekal di Arsenal dia patut malu dengan Aaron Ramsey.. Memanglah Barca tengah bagus dan lebih bagus dari Arsenal sekarang ini.. Namun setiap pasukan ada turun naiknya..

Mungkin sejak kebelakangan ini Barca, MU dan Chelsea lebih hebat.. Tetapi kita x akan pernah tahu apa akan jadi musim depan mahupun masa akan datang.. Jika pasukan Arsenal terus bersatu dan membuat sedikit penambahan.. Atikah yakin Arsenal akan kembali di tahap terbaik dan malahan jauh lebih baik dari Barca mahupun mana-mana pasukan pun..

Sementara itu, Atikah tumpang simpati dengan Theo Walcott yang disisihkan Fabio Capello dari pergi ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.. Buat masa ini Atikah baru disahkan yang Van Persie, Bendtner, Eboue, Song dan Vela sahaja yang baru disahkan tempat akan ke Afrika Selatan..

Namun Atikah yakin yang lain-lainnya akan sah ke Afrika Selatan kecuali William Gallas mungkin memandangkan Gallas kembali mengalami kecederaan betis semasa menjalani latihan semalam.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment