28 June 2010

Arsenal sedia kehilangan Jay Simpson

Penyerang kelahiran London skuad simpanan Arsenal berusia 21 tahun dijangka akan meninggalkan Arsenal musim panas ini jika Arsenal ditawarkan tawaran yang menarik daripada pasukan lain selepas pengurusan Arsenal dan Arsene Wenger sendiri bersedia melepaskan penyerang berbadan tegap ini untuk membenarkan Simpson beraksi secara tetap..

Simpson yang menyertai akademi Arsenal sejak kecil lagi hanya beraksi sekali dalam kesebelasan utama Piala Carling dan dua kali sebagai pemain gantian dan menjaringkan 2 gol untuk skuad utama Arsenal dalam aksi Piala Carling.. Namun aksi memikatnya bersama pasukan West Brom dan QPR dalam tempoh pinjaman masih gagal menarik minat Wenger..

Simpson dijangka akan menjadi rebutan 3 pasukan EPL dan 6 pasukan dari liga Kejuaraan juga turut berminat untuk mendapatkan khidmat Jay Simpson yang kontraknya bersama Arsenal akan tamat musim panas 2011.. Fulham, West Ham dan pendatang baru EPL Blackpool akan memberikan peluang untuk Simpson menampilkan bakatnya di pentas EPL..

Sementara Millwall, QPR, Nottingham Forest, Cardiff, Leicester City dan Hull City turut berminat mendapatkan khidmat Simpson untuk membantu mereka kembali ke pentas tertinggi Inggeris iaitu pentas EPL.. Namun jika Arsenal benar bersedia melepaskan Simpson, dijangka lebih ramai pasukan akan meluahkan keingginan mereka untuk mendapatkan khidmat Simpson..

Namun Arsenal hanya akan melepaskan Simpson jika perjanjian tersebut bagus untuk kesemua pihak.. Jika pengurusan Arsenal membuat keputusan melepaskan Simpson.. Atikah mengucapkan selamat maju jaya buatnya dan ruginya fans Arsenal tidak boleh melihat aksi sebenarnya di dalam jersi Arsenal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment