10 June 2010

Joe Cole semakin hampir

Spy Atikah melaporkan yang Joe Cole semakin hampir untuk ke Arsenal selepas spy Atikah boleh mengesahkan yang Cole telah pun menandatangani pra kontrak bersama Arsenal dengan gaji mingguan sebanyak 80 ribu pound seminggu dan kontrak selama 3 tahun..

Namun perjanjian ini hanya boleh disahkan sebaik sahaja Cole pulang dari Afrika Selatan untuk menjalani ujian perubatan bersama Arsenal sebelum Joe Cole boleh disahkan sebagai pemain Arsenal.. Menurut spy Atikah lagi, di dalam pra kontrak tersebut terdapat klausa yang Arsenal boleh mereject Cole jika beliau tidak lepas ujian kecergasan..

Arsene Wenger sememangnya cukup terdesak untuk membeli pemain England memandangkan syarat terbaru dari FA England dan UEFA yang mahukan lebih ramai pemain tempatan.. Untuk mengukuhkan lagi dakwaan yang mengatakan Cole akan menyertai Arsenal ialah kenyataan dari sumber dalaman Chelsea..

Sumber tersebut melaporkan yang Cole berhasrat untuk menyertai salah satu dari musuh terbesar Chelsea.. Dan sumber tersebut lagi percaya yang Joe Cole akan menyertai Arsenal dan menolak tawaran dari Spurs dan Man. Utd..

Menurut spy Atikah pula.. 11 Jun 2010 mungkin bukan sahaja demam Piala Dunia akan menghantui peminat bola sepak seluruh dunia.. Namun tanda tanya sama ada Joe Cole akan menyertai Arsenal atau tidak juga mungkin akan terjawab pada tarikh keramat itu..

Namun untuk kepastian.. Baik fans Arsenal berdoa supaya England cepat pulang dari Piala Dunia supaya kita semua boleh mengetahui sama ada benar atau tidak yang Cole akan menyertai Arsenal..

Dengan kenyataan terkini Wenger yang mengakui meminati Joe Cole.. Ianya semakin mengukuhkan lagi rumours ini seperti mana kes Chamakh sebelum ke Arsenal.. Nampaknya fans Arsenal terpaksa menanti sekali lagi untuk memastikan yang sama ada Joe Cole akan sertai Arsenal mahupun tidak.. Adios!!

4 comments:

TokiDoki said...

bhila dia nak beli defend...asyik rumors jer arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

11.6.10
zizie said...

mantap. joe cole mesti ke arsenal dan aku nk pemain bisa yaya thore dari bercelona masuk ke Arsenal.Arsenal kene ade pemain2 berkualiti baru boleh bersaing dgn Chelsea dan ManU.
Aku tak nk tengok lepas ni MU je yg juara EPL>>>

11.6.10
T.Durden said...

kat sini pun ade WOS gak ke King WOS??
heheheheh..

Arsene Wenger sememangnya cukup terdesak untuk membeli pemain England memandangkan syarat terbaru dari FA England dan UEFA yang mahukan lebih ramai pemain tempatan..
ayat ni salah ni..fabregas,clichy,song sume layak dikira homegrown player..
utk dikira homegrown player tak semestinya kene ade kerakyatan england...
asalkan dah berdaftar dengan FA england & FA wales selepas berumur 16taun & sebelum 21taun selame 3 taun dah layak dikira homegrown player...

11.6.10
atikah said...

terpekik.. mmglah.. tapi wenger mmg terdesak nk beli pemain england.. bknnya pemain celup england.. sbbnya dia dh kena kritik.. lebih2 lagi skrg nie ada sesetengah pemain england dlm jualan murah.. so wenger mmg tertarik utk beli pemain jati england.. terutama sekali yg berpengalaman..

11.6.10

Post a Comment