26 June 2010

We will sign a new player soon

Arsenal akhirnya mengakui yang tidak lama lagi, dia akan memperkenalkan pemain baru.. Namun Wenger tidak mahu komen sama ada pemain tersebut ialah Laurent Koscielny apabila menegaskan dia akan memberitahunya semasa segalanya selesai..

Okey disini juga Atikah nak mengesahkan pemain-pemain Arsenal yang akan kembali semula ke pangkuan kelab selepas negara masing-masing kecundang di peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 dengan hanya 3 pemain sahaja iaitu Carlos Vela, Robin Van Persie dan Cesc Fabregas yang masih kekal di Afrika Selatan..

Bacary Sagna akan mengetuai Gael Clichy dan Abou Diaby daripada skuad Perancis yang dimalukan dengan pulang menaiki pesawat kelas ekonomi.. Namun ianya satu berita baik buat fans Arsenal memandangkan ketiga-tiga mereka boleh mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum bermula musim EPL yang baru..

Nicklas Bendtner yang menyumbatkan 1 gol dan menampilkan aksi cemerlang di Piala Dunia terpaksa pulang awal.. Nampaknya Bendtner mempunyai waktu yang cukup untuk menjalani proses pemulihan selepas sering bergelut dengan masalah kecederaan sejak kemalangan kereta tahun lalu..

Alexander Song juga akan kembali selepas Cameroon tersingkir awal di mana Song mendapati dia lebih banyak memanaskan kerusi simpanan berbanding beraksi di tengah padang.. Eboue juga akan mengikut jejak Song meninggalkan Afrika Selatan selepas Ivory Coast turut tersingkir awal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment