13 June 2010

Wenger perhatikan Vincent Enyeama

Atikah rasa mungkin tidak ramai yang mengenali penjaga gol nombor 1 Nigeria ini iaitu Vincent Enyeama.. Namun siapa yang tengok game Argentina vs Nigeria semalam, pasti tidak boleh melupakan nama penjaga gol berusia 27 tahun ini..

Enyeama merupakan Man of The Match pada perlawanan tersebut selepas memastikan Lionel Messi terkecewa walaupun beraksi dengan cemerlang pada perlawanan tersebut.. Sebelum ini Arsenal hampir mendapatkan tandatangan penjaga gol ini, namun perjanjian tersebut tidak dapat mencapai sebarang persetujuan..

Namun penjaga gol kelab Israel Hapoel Tel Aviv ini mula dikaitkan semula akan berhijrah ke Arsenal menurut laporan dari Israel.. Enyeama yang berada di dalam top form sekarang ini apabila musim ini hanya melepaskan 28 gol dari 33 perlawanan, pastinya pilihan bijak untuk Wenger membelinya di posisi terakhir Arsenal..

Dengan Lloris, Neuer, Hart dan beberapa penjaga gol lagi harganya terlampau mahal ataupun pasukan mereka tidak mahu melepaskan mereka, Arsenal mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan Enyeama dengan nilai perpindahan sekitar 3 juta euro sahaja.. Dan pasukannya juga bersedia untuk menjualnya..

Jadi Atikah rasa kalau Wenger nak beli penjaga gol.. Enyeamalah jawapannya berbanding si Schwarzer tu.. Sementara itu kesilapan yang menjejaskan 3 mata untuk England oleh Green semalam mungkin patut dipertimbangkan Wenger, jika mahu membeli Gren dari West Ham.. Kerana jelas Green agak gugup pada perlawanan antarabangsa.. Adios!!

4 comments:

shahril said...

setuju cadangan atiqah membeli Vincent Enyeama..setakat ni golkeeper yang menyinar di piala dunia ialah Vincent Enyeama(Nigeria ) dan Tim Howard( USA)....harap arsene wenger mempertimbangkan....

14.6.10
atikah said...

shahril.. x lupa jugak si keeper Afrika Selatan.. Itumeleng Khune dengan penjaga gol Argentina, Sergio Romero.. Dua-dua tu baru 22 tahun.. Dan dari pandangan Atikah mereka berdua tu boleh tahan jugak.. Cuma si Romero tu x de bnyk masa lagi untuk tunjukkan kehebatan dia..

14.6.10
shahril said...

betul juga kata atiqah..apa pun saya sokong 1)Holland 2)Brazil 3)Spain untuk piala dunia..Atiqah pula sokong team mane??

14.6.10
atikah said...

atikah rasa.. sepanyol, brazil dengan jerman.. tapi england, belanda ngan argentina ada peluang jugak..

15.6.10

Post a Comment