23 May 2012

Arsenal FC lepaskan 7 pemain

Arsenal FC telah mengesahkan mereka melepaskan 7 pemain yang tamat kontrak pada 30 Jun ini dengan salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol yang semakin dilupakan, Manuel Almunia.. Almunia yang prestasinya jatuh merudum sejak 3 musim lepas hanya mampu menyaksikan dari tepi padang persaingan di antara Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski..

Kejatuhan prestasi Almunia berlaku hanya selepas beliau menampilkan aksi cemerlang di gawang Arsenal pada musim 2008/2009 yang menyaksikan beliau diiktiraf peminat Arsenal sebagai pemain ketiga terbaik Arsenal hasil persembahan mengkagumkan beliau yang memastikan Arsenal kekal di kelompok 4 terbaik.. Disebalik kejatuhan prestasi Almunia, persembahan menakjubkan Almunia pastinya akan terus dikenang peminat Arsenal.. Atikah mengucapkan selamat maju jaya kepada Manuel Almunia dan terima kasih atas jasanya terutama sekali semasa musim 2008/2009 iaitu musim terbaiknya di dalam jersi Arsenal..

Arsenal turut mengesahkan pemain pertahanan berusia 19 tahun, George Brislen-Hall turut dilepaskan kelab selepas gagal mengulangi prestasi cemerlangnya musim lepas dan turut gagal sekali lagi mengetuk pintu skuad simpanan Arsenal yang dilatih Neil Banfield..

Arsenal turut melepaskan adik bekas pemain Arsenal, Justin Hoyte iaitu Gavin Hoyte selepas berterusan gagal menempatkan namanya di dalam senarai Arsene Wenger walaupun beraksi 4 kali untuk skuad utama semasa musim 2008/2009 yang juga merupakan kali terakhir beliau beraksi untuk skuad utama..

Arsenal FC turut melepaskan seorang lagi penjaga gol iaitu Sean McDermott yang ketinggalan di belakang James Shea, Damian Martinez dan malahan Reice Charles-Cook untuk posisi penjaga gol di dalam skuad simpanan mahupun bawah 18 tahun..

Arsenal turut membuat keputusan untuk melepaskan penyerang berusia 21 tahun, Rhys Murphy walaupun di anggap salah seorang penyerang skuad simpanan paling menyinar dan merupakan tonggak penting dalam kejayaan double skuad simpanan pada tahun 2009.. Namun saingan sengit di posisi serangan skuad simpanan telah menyaksikan Murphy gagal menyinar musim ini..

Arsenal FC turut membuat keputusan untuk tidak memberikan kontrak profesional kepada pertahanan berusia 16 tahun, James Campbell selepas membuat keputusan untuk melepaskan James..

Jeffrey Monakana merupakan seorang lagi pemain yang tidak akan ditawarkan kontrak profesional walaupun beliau meledak 2 gol untuk skuad bawah 18 tahun musim ini.. Atikah mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua pemain ini dan harapkan yang terbaik untuk mereka di luar Arsenal FC.. Adios

0 comments:

Post a Comment