04 March 2011

Aaron Ramsey back to the squad

Ketiadaan Cesc Fabregas hujung minggu ini tidak akan begitu dirasai selepas Arsene Wenger memberikan petunjuk yang beliau bersedia untuk menurunkan Aaron Ramsey buat pertama kalinya selepas setahun diketepikan akibat kecederaan patah kaki dan selepas melalui tempoh pinjaman yang menakjubkan bersama-sama Nottingham Forest dan Cardiff City..

Ianya pasti mengembirakan fans Arsenal yang sudah tidak sabar menantikan kepulangan semula Ramsey yang berjaya memukau peminat Arsenal sebelum terjahan keras Ryan Shawcross tahun lepas.. Dengan Ramsey semakin berada di prestasi terbaiknya, Wenger sudah semestinya tidak mahu menyimpan Ramsey dengan lebih lama lagi..

Selain Fabregas, Arsenal turut kehilangan Alex Song akibat kecederaan lutut.. Fabregas dan Song disahkan terlepas aksi menentang Sunderland esok namun kedua-duanya berpeluang untuk kembali semula ke dalam pasukan semasa kunjungan ke Nou Camp minggu depan.. Song dan Fabregas akan terlebih dahulu menjalani ujian kecergasan pada hari Isnin sebelum ke Barcelona..

Laurent Koscielny juga dijangka terlepas aksi menentang Sunderland esok akibat kecederaan hamstring.. Namun Koscielny yang terjejas akibat kesilapannya di Final Piala Carling masih berpeluang untuk bermain esok untuk kembali bangkit dari kesilapannya dan kembali menunjukkan keupayaan sebenarnya yang pernah ditunjukkan beliau sewaktu menentang Barcelona tempoh hari..

Selain itu tiada sebarang kecederaan baru di dalam kem Arsenal dengan Theo Walcott dan Robin Van Persie masing-masing disahkan terlepas aksi menentang Barcelona minggu depan akibat masalah kecederaan.. Apa-apa pun marilah kita harapkan yang tiada sebarang kecederaan baru akan menghimpit kita sebelum perlawanan menentang Barcelona nanti.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment