10 March 2011

Wojciech Szczesny seek specialist

Arsene Wenger berkemungkinan akan melakukan emergency loan deal selepas Wenger mengesahkan yang Wojciech Szczesny akan berjumpa dengan pakar mengenai kecederaan jarinya di mana Szczesny bukan sahaja terseliuh jarinya namun berkemungkinan telah merosakkan tendon di jarinya..

Wenger jelas tidak berminat untuk memanggil pulang Vito Mannone walaupun di tahap kritikal ini.. Namun seperti biasa Wenger penuh dengan kejutan.. Sekejap Wenger cakap dia akan meminjam pemain sekejap beliau menarik semula kenyataannya.. Namun apa yang pasti jika Szczesny terpaksa berehat dalam satu tempoh yang agak lama, peminat Arsenal pastinya mahukan Mannone kembali..

Robin Van Persie telah disahkan Arsene Wenger sebagai cergas walaupun beliau mengambil risiko dengan menurunkan Van Persie awal pagi rabu yang lalu walaupun baru menjalani latihan beberapa hari.. Namun Wenger sekali lagi akan kehilangan khidmat Cesc Fabregas yang sekali lagi dibelenggu oleh masalah kecederaan hamstring berulang..

Ketiadaan kapten pasukan Fabregas pada perlawanan Piala FA menentang Manchester United pada awal pagi Isnin nanti pastinya diharapkan peminat Arsenal yang Aaron Ramsey akan berada di kesebelasan utama untuk menyuntik kreativiti di bahagian tengah Arsenal setelah setahun tidak beraksi bersama skuad utama Arsenal..

Theo Walcott, Thomas Vermaelen dan Alex Song akan terus diketepikan.. Atikah tertanya-tanya siapakah agaknya gerangan penjaga gol dari skuad simpanan yang akan dipanggil Wenger untuk berada di bangku simpanan semasa menentang MU nanti.. Adakah Sean McDermott ataupun Damian Martinez?? Adios!!

0 comments:

Post a Comment