11 March 2011

Wenger looking on emergency loan deal

Arsene Wenger telah mengesahkan yang Wojciech Szczesny dijangka akan disisihkan selama 6 minggu akibat kecederaan yang di alaminya tempoh hari dengan Szczesny masih belum mampu untuk mengerakkan jarinya.. Hasrat untuk Wenger memanggil semula Vito Mannone untuk menjadi pengganti kepada Manuel Almunia tidak kesampaian akibat Mannone turut mengalami kecederaan..

Mannone yang mengalami kecederaan paha kini sedang menjalani rawatan di Arsenal dan turut menjalani latihan di Arsenal namun Mannone dijangka akan turut disisihkan selama 6 minggu akibat kecederaan.. Dengan Lukasz Fabianski turut akan disisihkan sehingga tamat musim hanya penjaga gol skuad simpanan sahaja yang mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Szczesny..

James Shea kini sedang dipinjamkan ke Southampton dengan Wenger jelas tidak berhasrat untuk memanggilnya pulang memandangkan tempoh pinjamannya akan tamat bulan ini dengan tinggal hanya Damian Martinez sebagai calon berpotensi untuk berada di bangku simpanan.. Namun Wenger telah menegaskan yang beliau mencari penjaga gol berpengalaman untuk menjadi back up Almunia yang kini merupakan penjaga gol no. 1 Arsenal semula..

Di sini Atikah menyenaraikan beberapa nama penjaga gol yang berkemungkinan akan menyertai Arsenal secara pinjaman kecemasan.. Namun ini hanyalah penjaga gol yang beraksi di England sahaja.. Dan ini juga hanyalah pandangan Atikah sahaja.. Dengan calon utama Shay Given mengalami kecederaan jadi Atikah terpaksa mencari penjaga gol yang agak kurang popular..

Calon utama Atikah ialah Tim Krul.. Penjaga gol nombor dua Newcastle United yang berusia 22 tahun.. Tidak payahlah Atikah bercerita panjang tentang penjaga gol muda Belanda ini.. Tengok sahajalah persembahannya semasa Arsenal tewas 1-0 ke atas Newcastle tahun lalu.. Ianya sudah cukup untuk kita mengetahui Krul sememangnya sesuai di jadikan back up Almunia ataupun mengambil tempat Almunia..

Brian Jensen yang berusia 35 tahun yang turut dikenali sebagai 'The Beast' ini sememangnya cukup berpengalaman.. Jensen mempunyai susuk badan yang cukup tegap dan beliau tidak gentar untuk mengambil bola dari kaki pemain lawan.. Nama timbangannya juga sudah cukup untuk memberitahu mengapa Wenger perlu dapatkan khidmat Jensen walaupun beliau sudah berusia 35 tahun..

Chris Kirkland dilaporkan merupakan penjaga gol pilihan utama yang mahu di bawa masuk Wenger.. Namun penjaga gol berusia 29 tahun ini bukanlah pilihan Atikah dan bagi Atikah kerana Kirkland mempunyai sejarah yang cukup buruk dengan masalah kecederaan hingga membuatkan prestasinya turun naik.. Cukuplah dengan apa yang Almunia berikan.. Jangan ditambahkan lagi dengan Kirkland..

Thomas Sorensen yang pernah dikaitkan dengan Arsenal pada musim perpindahan bulan Januari tahun lepas dijangka akan akhirnya menyertai Arsenal dalam masa terdekat ini.. Sorensen kini bukan lagi pilihan utama Stoke City dengan usianya sudah mencecah 34 tahun, Sorensen pastinya tidak akan menolak peluang untuk menyertai Arsenal walaupun untuk seketika..

Itu sahajalah calon-calonnya.. Atikah bersetuju jika Wenger membawa masuk sama ada Tim Krul ataupun Thomas Sorensen.. Namun walau siapa pun yang dibawa masuk Wenger, harapnya akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.. Begitu juga jika Wenger membuat keputusan untuk memberikan kepercayaan kepada penjaga gol skuad simpanan.. Adios!!

1 comments:

Triplei said...

jens lehman jadi ke masuk arsenal?

16.3.11

Post a Comment