03 March 2011

Bendtner or Chamakh?

Arsenal berjaya bangkit daripada kekalahan 2-1 di Final Piala Carling dengan membedil Leyton Orient 5-0 hasil hatrik dari Bendtner dan satu gol dari Chamakh dan Clichy.. Namun apa yang Atikah nak bahaskan di sini ialah siapakah penyerang yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Robin Van Persie yang akan disisihkan selama 3 ke 4 minggu akibat kecederaan lutut..

Perlawanan awal pagi tadi menyaksikan Nicklas Bendtner bersaing dengan Marouane Chamakh untuk posisi penyerang nombor satu Arsenal semasa ketiadaan Van Persie dengan Bendtner jauh lebih menyerlah selepas meledak hatrik keduanya di Emirates Stadium dan yang pertamanya musim ini dengan Chamakh kembali menemui sentuhan jaringannya sejak November..

Namun apa kata kita lihat siapa yang patut di harapkan Wenger untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan RVP terutama sekali semasa pertembungan menentang Barcelona di Nou Camp minggu depan walaupun Arsenal bakal mendapatkan semula sentuhan ajaib kapten pasukan Cesc Fabregas yang akan direhatkan sepanjang minggu ini hanya untuk kembali semula minggu depan..

Marouane Chamakh berjaya memastikan ketiadaan Van Persie pada permulaan musim tidak dirasai hasil daripada aksi-aksi memukaunya dan sentuhan-sentuhannya di hadapan pintu gol.. Namun sewaktu itu Chamakh hanya ditentang Carlos Vela sebagai penyerang nombor satu Arsenal selepas RVP dan Bendtner disisihkan akibat kecederaan..

Chamakh telah menyumbat sejumlah 10 gol dalam tempoh itu hanya untuk diatasi Samir Nasri yang memukau..Namun entah mengapa sejak pulangnya Van Persie, Chamakh mula kehilangan punca dan mula mensia-siakan peluang di hadapan pintu gol dan menghampakan semasa merembat bola..

Chamakh memberitahu beliau mula merasai tekanan dan cabaran di EPL dan memaksanya berehat seketika akibat badannya mulai letih.. Akhirnya awal pagi tadi Chamakh berjaya mendapatkan semula sentuhan penyudahnya dengan menjaringkan gol pembukaan.. Namun adakah ianya cukup untuk Chamakh mengambil posisi sebagai penyerang nombor satu Arsenal??

Kita perlu ingat siri prestasi menghampakan dari Chamakh yang dilihat agak malas walaupun di bawa masuk dari bangku simpanan.. Chamakh juga kehilangan punca semasa aksi final Piala Carling di mana sentuhan penyudahnya amat diharapkan terutama sekali semasa set piece.. Namun Chamakh jelas menghampakan.. Prestasinya di Sunderland hujung minggu ini akan memberitahu kita dengan lebih jelas sama ada beliau layak beraksi di Nou Camp nanti..

Nicklas Bendtner merupakan hero Arsenal di Nou Camp musim lepas hanya untuk diatasi Lionel Messi.. Bendtner jelas berbisa semasa menentang Barcelona dan sering memberikan masalah di bahagian pertahanan Barca.. Bendtner telah pun meledak hatriknya musim ini untuk muncul pemain kedua Arsenal yang meledak hatrik musim ini selepas Van Persie..

Bendtner telah meledak 9 gol dalam semua kejohanan musim ini dengan hanya ketinggalan 2 gol di belakang Chamakh dengan Bendtner beraksi kurang daripada Chamakh.. Hakikat beliau lebih kerap beraksi sebagai pemain sayap sudah cukup untuk menerangkan 9 gol yang diledak Bendtner ini memang cukup banyak untuk seorang penyerang yang lebih banyak beraksi di bahagian sayap kanan atau kiri Arsenal..

Bendtner hampir muncul hero Arsenal pada final Piala Carling yang lalu selepas percubaan cantiknya berjaya diselamatkan Ben Foster yang sekali lagi muncul hero untuk pasukannya di Final Piala Carling.. Walaupun Bendtner merupakan seorang penyerang, namun beliau juga tidak kurang hebatnya semasa mencipta peluang kepada pemain-pemain lain..

Jadi secara jujurnya Atikah lebih gembira jika Bendtner diletakkan sebagai penyerang nombor satu Arsenal di Nou Camp nanti hasil daripada sejarah cemerlangnya semasa menentang Barcelona di Nou Camp.. Namun biarlah perlawanan menentang Sunderland hujung minggu ini menentukan siapakah yang berhak beraksi minggu depan..

Jadi siapakah pilihan anda?? Chamakh atau Bendtner?? Mereka berdua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Chamakh tanpa sebarang keraguan lagi cukup handal di udara namun apabila merembat dengan kakinya?? Well kita boleh katakan Chamakh agak menghampakan dari sudut itu dengan Bendtner lebih banyak menjaringkan gol menerusi kakinya berbanding kepalanya.. Adios!!

3 comments:

mr. salleh nasri said...

dua-dua ada kelebihan masing-masing. Harus diingat, bendtner juga bagus menjaringkan gol melalui tandukan. Jika ada peluang, pasti bendtner menggunakan ketinggian, sasa susuk badan dan cara yang unik untuk menjaringkan gol melalui tandukan.. Chamakh juga begitu namun, kakinya seolah-olah kurang berkesan. Dia mempunyai skill dummy tapi kerap kali kehilangan bola. Taktik ketika diasak, diterjah keras juga telah mampu membrikan arsenal beberapa gol melalui penalti.. Jika perlawanan menentang Sunderland, saya yakin, bendtner bakal mengisi kekosongan Van Persie, tapi tidak mustahil jika kedua-dua akan diturunkan.

3.3.11
Hero Kampung said...

apa salahnya letak kedua dua org sekali,, rentak permainan pun berbeza,, boleh mengelirukan pihak lawan,,kurangkan midfield,,perkuatkan pertahanan dan serangan,, ada 5 midfield pun confiem barca control game,, yg selalunya semua game arsenal control,, tapi tak boleh masuk dalam kotak penalti,, tak guna juga,,,!!!

3.3.11
n@$! L3mAK said...

tlg jgn letak bendtner.. nyirap aq tgok dye men..

4.3.11

Post a Comment