24 March 2011

Arsenal ladies through to semi final!!

Arsenal Ladies sekali lagi melakukan dramtik come back untuk mara ke pusingan separuh akhir UEFA Women's Champions League selepas bangkit dua kali dari ketinggalan untuk mengikat pasukan Sweden, Linkoping 2-2 untuk mara ke peringkat seterusnya dengan gol tempat lawan selepas Ladies seri 1-1 di laman sendiri..

Arsenal Ladies ketinggalan seawal minit ke-16 selepas Linda Sallstrom sekali lagi berjaya menundukkan Emma Byrne.. Namun Rachel Yankey memastikan kedudukan terikat 1-1, 5 minit sebelum separuh masa pertama tamat.. Ladies sekali lagi ketinggalan selama 57 mini perlawanan namun Katie Chapman yang muncul hero Arsenal Ladies sebelum ini sekali lagi muncul sebagai hero..

Rembatan padu jarak jauh Chapman sudah cukup untuk beliau muncul hero Arsenal Ladies sekali lagi dengan hanya 11 minit sahaja lagi perlawanan untuk berakhir.. Tamat perlawanan Arsenal Ladies 2-2 Linkoping.. Namun Arsenal mara ke pusingan separuh akhir menentang Olympique Lyon dengan gol di tempat lawan..

Arsenal Ladies sudah semestinya mahu mara ke pusingan akhir UEFA Women's Champions League selepas siri dramatik comeback mereka dan juga hakikat final Champions League akan diadakan di Craven Cottage dan hakikat sudah hampir 4 tahun Arsenal Ladies gagal untuk membawa pulang semula trofi Champions League..

Apa-apa pun good luck kepada pasukan Ladies.. Pastikan final menjadi milik kita!! Dan Arsenal lelaki pulak, apa kata menang trofi EPL tahun ini untuk memastikan Ladies tidak memalukan pasukan lelaki sekali lagi.. Go Gunners!! Make all of us proud!!

0 comments:

Post a Comment