Goalkeeper injury concern

Ini membawa maksud hanya Manuel Almunia sahaja satu-satunya penjaga gol yang cergas sepenuhnya selepas Lukasz Fabianski telah pun terpaksa melupakan kempen musim ini akibat kecederaan bahu.. Dengan hanya Vito Mannone menjadi alternatif jika Szczesny terpaksa berehat dalam satu tempoh yang lama..
Namun Mannone telah mengalami kecederaan paha semasa membantu Hull City mencatatkan kemenangan minggu lalu dengan penjaga gol rookie Arsenal di dalam skuad simpanan, James Shea pula telah dipinjamkan ke Southampton sehingga minggu depan.. Ini hanya meninggalkan Wenger dengan Sean McDermott dan penjaga gol berbakat dari Argentina Damian Martinez..
Namun jika Szczesny terpaksa melupakan aksi sepanjang musim ini, Wenger boleh memanggil semula Vito Mannone sambil mengharapkan beliau mampu bebas dari sebarang kecederaan ataupun memberikan peluang kepada 3 penjaga gol muda skuad simpanan iaitu James Shea, Sean McDermott dan Damian Martinez..
Namun walau apa-apa pun marilah kita berharap Szczesny hanya akan diketepikan buat satu tempoh yang sekejap dan marilah kita berharap Almunia meneruskan kecemerlangannya pada awal pagi tadi.. Inilah masanya untuk Almunia kembali menunjukkan beliau masih penjaga gol nombor satu Arsenal..
Atikah akan terus memerhatikan perkembangan tentang masalah kecederaan penjaga gol ini.. Sesungguhnya Wenger adalah arif tentang perkara-perkara ini walaupun Atikah agak tidak berpuas hati dengan barisan kesebelasan yang diturunkan Wenger awal pagi tadi dengan keputusannya meletakkan Andrei Arshavin di bangku simpanan.. Adios..
0 comments:
Post a Comment