08 March 2011

Pre Match : Arsenal VS Barcelona

So awal pagi ini Astro ESPN akan menyiarkan perlawanan Arsenal VS Barcelona secara langsung pada pukul 3.40 pagi ini dengan Cesc Fabregas akan kembali mengetuai Arsenal untuk mencipta kejutan dengan menewaskan 'pasukan terbaik dunia' Barcelona dengan Arsenal menerima suntikan semangat dengan RVP kembali menjalani latihan sementara Barca terpaksa beraksi tanpa duo pertahanan mereka Puyol dan Pique..

SZCZESNY
SAGNA-----DJOUROU-----KOSCIELNY-----CLICHY
DIABY/DENILSON-----WILSHERE
NASRI-----FABREGAS-----ARSHAVIN
BENDTNER

Walaupun Van Persie turut serta, Wenger pastinya akan meletakkan RVP di bangku simpanan kerana Wenger pasti tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan Bendtner pastinya mahu mengegarkan Nou Camp sekali lagi.. Misi Arsenal kali ini pastinya mengelakkan kekalahan dengan seri sudah cukup untuk membuatkan Arsenal mara ke pusingan seterusnya..

Namun misi Arsenal tidaklah semudah yang disangka dengan hakikat Lionel Messi cukup berbisa di Nou Camp.. Namun dengan Fabregas akan mengetuai pasukan, Arsenal pastinya lebih daripada mampu untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri.. Sejujurnya Atikah tidak kisah walaupun seri kerana ianya sudah cukup untuk membawa kita mara ke pusingan seterusnya..

Namun sudah semestinya kemenangan lebih bermakna.. Apa-apa pun marilah kita berharap kesemua pemain Arsenal beraksi di tahap terbaik mereka dan berjaya menembusi gawang Barca yang kehilangan khidmat Puyol dan Pique akibat kecederaan dan pergantungan dengan syarat kita berjaya memastikan Messi dan Villa dirantai rapi..

Laurent Koscielny we need the best of you like last time!! Jack Wilshere show to the world you are a world class player.. Cesc Fabregas show to the world that Arsenal is better than Barcelona!! So good luck Gunners!! Marilah kita berharap keputusan positif akan diperolehi untuk menutup kekecewaan tewas di final Piala Carling dan seri 0-0 dengan Sunderland.. Adios!!

3 comments:

Sharinginfoz said...

harap arsenal bermain dengan terbaik

8.3.11
Hero Kampung said...

tunjukkan pada dunia arsenal the best,, tebus kembali kekalahan memedihkan di piala carling cup..

8.3.11
miegooner said...

seri pon xpe,,,esoknye xpayah pegi kelas..cuti istimewa utk fan arsenal..haha

8.3.11

Post a Comment