03 June 2011

Why Fab4 still important

Peminat Arsenal terus menerus berdebat tentang perlukah Arsenal menjual kapten pasukan, Cesc Fabregas.. Atikah malas nak berdebat dengan anda semua memandangkan anda semua sudah tahu apa yang Atikah akan katakan tentang perkara ini.. Di sini Atikah postkan sebab-sebab mengapa Francesc Fabregas Soler masih penting untuk Arsenal walaupun beliau tidak on top form..

3 perlawanan pada bulan Ogos menyaksikan Arsenal mencatatkan keputusan seri tanpa kelibat Fabregas di atas padang mahupun di bangku simpanan.. Namun Arsenal berjaya mencatatkan 2 kemenangan selepas itu di mana Fab4 datang dari bangku simpanan semasa menang 6-0 ke atas Blackpool dan berada di kesebelasan utama semasa menang 2-1 ke atas Blackburn di mana kedua-dua gol yang dijaringkan semasa Fabregas di atas padang..

September menyaksikan Arsenal melalui 6 perlawanan dengan Arsenal menang 4 perlawanan, tewas sekali dan seri sekali.. Kehadiran Fabregas menyaksikan Arsenal mencatatkan 2 kemenangan dan 1 seri sementara tanpa Fab4 Arsenal tewas sekali dan menang 2 kali.. Perlawanan menentang Bolton menyaksikan Arsenal menang 4-1 dan Fabregas menjadi sumber inspirasi kemenangan Arsenal dan dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan..

Perlawanan menentang Braga yang berkesudahan Arsenal menang besar 6-0 telah menyaksikan Fabregas menyumbat 2 gol dan sekali lagi meninspirasikan kemenangan ini dan turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.. Perlawanan menentang Sunderland yang berkesudahan seri 1-1 menyaksikan Fabregas menjaringkan gol pembukaan sebelum di bawa keluar akibat kecederaan sebelum peminat menyaksikan Darren Bent menjaringkan gol penyamaan..

Bulan Oktober menyaksikan Arsenal menang 5 perlawanan dan tewas 1 perlawanan daripada 6 perlawanan.. Arsenal menang 4 perlawanan dengan kehadiran Cesc Fabregas.. Arsenal menang 5-1 ke atas Shaktar Donest dengan Fabregas turut menjaringkan 1 gol.. Arsenal kemudiannya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Man. City..

Fabregas datang dari bangku simpanan semasa menang 4-0 ke atas Newcastle dengan hantaran cantiknya kepada Bendtner menyaksikan Arsenal dihadapan 3-0.. Kemenangan 1-0 ke atas West Ham turut menyaksikan Fab4 berada di atas padang..

8 perlawanan pada bulan November menyaksikan Arsenal menang 4 kali dan tewas 4 kali.. Tanpa Fabregas Arsenal tewas sekali dan menang 2 kali.. Namun kekalahan 1-0 ke atas Newcastle adalah disebabkan kesilapan penjaga gol dan barisan pertahanan.. Sementara kekalahan 3-2 ke atas Spurs telah dijejaskan dengan keputusan pengadil dan kekalahan 2-0 ke atas Braga menyaksikan Arsenal melepaskan 2 gol semasa Fabregas di bawa keluar..

Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wonderars dengan kehadiran Fabregas.. Arsenal kemudiannya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Everton dengan Fabregas menjaringkan satu gol..

5 perlawanan pada bulan Disember menyaksikan Arsenal menang 3 kali, seri sekali dan tewas sekali.. Tanpa Fabregas Arsenal telah mencatatkan 2 kemenangan dan 1 seri.. Fabregas datang dari bangku simpanan semasa Arsenal telah pun ketinggalan 1-0 di belakang MU.. Namun Fabregas menjaringkan satu gol semasa kemenangan 3-1 ke atas Chelsea..

Bulan Januari menyaksikan Arsenal mengharungi 9 perlawanan dengan 6 kemenangan, 2 seri dan satu kekalahan dengan Fabregas bermain kesemua perlawanan.. Fabregas datang dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol penyamaan semasa seri 1-1 dengan Leeds.. Fabregas menyumbat satu lagi gol semasa menang 3-0 ke atas Ipswich dan 2-1 ke atas Huddersfield di mana Fabregas menjaringkan gol kemenangan dan beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan..

7 perlawanan pada bulan Februari menyaksikan Arsenal menang 4 perlawanan, 2 seri dan satu tewas.. Tanpa Fabregas, Arsenal tewas sekali di perlawanan paling penting musim ini iaitu final Piala Carling dan sekali seri semasa Wenger membiarkan Fabregas memanaskan bangku simpanan.. Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol, Fabregas telah melakukan 1 hantaran yang membuahkan gol..

5 perlawanan pada bulan Mac menyaksikan Arsenal menang sekali, seri dua kali dan tewas dua kali.. Fabregas hanya main sekali sahaja iaitu semasa kekalahan 3-1 ke atas Barcelona di Nou Camp dengan ianya dipenuhi kontroversi oleh pengadil perlawanan dan perlawanan ini turut menyaksikan jelas sekali Fabregas masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring..

5 perlawanan pada bulan April menyaksikan Arsenal menang sekali, seri 3 kali dan tewas 1 kali.. Bulan April menyaksikan Fabregas beraksi pada kesemua perlawanan.. Fabregas merupakan pemain terbaik perlawanan semasa menang 3-1 ke atas Blackpool.. Fabregas turut melakukan dua hantaran gol..

Bulan May menyaksikan Fabregas terlepas kesemua perlawanan di mana Arsenal menang sekali tewas dua kali dan seri sekali..Fabregas turut berada di tempat kedua pemain terbaik bulanan Arsenal untuk bulan Januari.. So anda semua fikirlah sendiri patut atau tidak kita jual Fabregas.. Statistik telah menunjukkan segala-galanya yang Fabregas penting untuk Arsenal.. Kalau x percaya dengan apa yang Atikah tulis ini buatlah siasatan sendiri..

Ya Atikah mengakui Fabregas tidak menjaringkan 19 gol seperti musim lepas.. Tetapi Fabregas menjaringkan 9 gol musim ini dan kebanyakan gol tersebut merupakan gol penting perlawanan.. Kita perlu ingat musim lepas Fabregas main sebanyak 36 perlawanan dengan hanya satu sahaja beliau masuk sebagai pemain gantian sementara musim ini 7 kali Fabregas di masukkan sebagai pemain gantian..

Itu tidak termasuk lagi minit perlawanan Fabregas musim ini.. Musim lepas Fabregas banyak kali melengkapkan 90 minit perlawanan sementara tahun ini mungkin separuh dari musim lepas..So anda fikirkanlah sendiri.. Jangan lupa juga Fabregas merupakan kapten pasukan dan tanggungjawabnya semakin besar setiap musim terutama sekali Arsenal masih kemarau trofi kejuaraan.. Adios..

2 comments:

JKID said...

saye stuju..Arsenal mmg blum b'sedia utk kehilangan cesc..ars perlukan long pass yg hnye cesc blh lakukan..mgkin short2 pass kite dh ade new talent like wilshere & ramsey..but not for long pass..

4.6.11
kyo_9 said...

semoga kapten stay=)

4.6.11

Post a Comment