11 July 2012

Arsenal back in training

Arsenal FC telah memulakan latihan pra musim mereka dengan penolong kapten pasukan, Thomas Vermaelen mengetuai pasukan menjalani latihan tanpa kelibat kapten pasukan, Robin Van Persie dan pemain-pemain Arsenal yang terlibat dengan kejohanan EURO 2012 termasuk dua pemain baru, Lukas Podolski dan Olivier Giroud sementara Aaron Ramsey pula menjalani latihan pra musimnya bersama skuad Great Britain yang bersiap sedia untuk sukan Olimpik..

Mikel Arteta yang musimnya tamat lebih awal selepas mengalami kecederaan pada penghujung musim mencuri tumpuan dengan menyerlahkan sifat kepimpinannya dengan sering kali bersama-sama Vermaelen mengetuai pasukan sementara Lukasz Fabianski yang terlepas EURO 2012 akibat kecederaan bahu turut menjalani latihan dengan ini memberi makna beliau telah pulih daripada kecederaan bahu yang di alaminya..

Latihan pertama ini menyaksikan kelibat dua staff baru Arsene Wenger, Steve Bould dan Neil Banfield memerhatikan para pemain menjalani latihan.. Walaupun tanpa kelibat Bacary Sagna yang masih lagi tercedera dan Jack Wilshere, Abou Diaby berada di padang latihan selepas musimnya musim lalu diselebungi dengan masalah kecederaan buku lali.. 

Latihan ini juga menyaksikan kepulangan pemain-pemain yang dipinjamkan musim lalu seperti Vito Mannone dan Kyle Bartley sambil di iringi pemain-pemain dari skuad simpanan seperti pembelian musim sejuk Wenger, Thomas Eisfeld.. Adios..

1 comments:

Unknown said...

waaaaaaaaa............
go...goo....

12.7.12

Post a Comment