21 July 2012

Arsene Wenger explanation

Arsene Wenger memberikan penjelasannya mengenai ketiada beberapa pemain bintang yang ditinggalkan di London yang diketuai oleh kapten pasukan, Robin Van Persie, dua pemain baru, Olivier Giroud dan Lukas Podolski serta Laurent Koscielny, Per Mertesacker dan Nicklas Bendtner.. Hakikat beberapa pemain Arsenal yang ke EURO baru menjalani latihan semula bersama pasukan telah menjadi salah satu faktornya..

Wenger menegaskan kesemua pemain yang ditinggalkan akan bekerjasama bersama-sama jurulatih kecergasan Arsenal.. Sementara Tomas Rosicky memberikan kerisauan di kem Arsenal apabila disahkan terpaksa direhatkan selama 6-8 minggu akibat kecederaan plantaris tendon yang dialaminya semasa EURO 2012..

Sementara Lukasz Fabianski yang dipaksa terlepas EURO 2012 di Poland selepas mengalami kecederaan bahu disahkan Wenger akan turut serta menyertai pasukan ke jelajah Asia tahun ini selepas terlepas jelajah Asia tahun lepas selepas masih dalam pemulihan daripada pembedahan bahu..

Jack Wilshere masih lagi satu kerisauan selepas masih belum lagi menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukannya dan Wenger mengakui beliau tidak dapat mengesahkan bila Wilshere akan kembali menjalani latihan sementara Wenger turut mengesahkan Bacary Sagna akan kembali semula pada penghujung bulan Ogos..

Emmanuel Frimpong pula hanya akan kembali pada penghujung bulan September ataupun pada bulan Oktober selepas masih lagi menjalani pemulihan.. Abou Diaby dan Mikel Arteta yang menamatkan musimnya lebih awal akibat kecederaan disahkan bebas daripada kecederaan sepenuhnya dan akan menyertai pasukan ke jelajah Asia..

Wenger turut membawa Thomas Eisfeld, Nico Yennaris, Kyle Bartley, Ignasi Miquel, Chuks Aneke dan Benik Afobe ke jelajah Asia dengan Eisfeld dilihat mempunyai peluangnya untuk membuktikan kepada peminat apa yang mampu dilakukannya selepas menjadi satu-satunya pembelian Wenger pada musim sejuk.. Berikut ialah senarai penuh pemain yang di bawa ke jelajah Asia..

Goalkeeper
Wojciech Szczesny
Lukasz Fabianski
Vito Mannone

Defender
Thomas Vermaelen
Carl Jenkinson
Kieran Gibbs
Ignasi Miquel
Kyle Bartley
Nico Yennaris
Johan Djourou
Andre Santos

Midfielder
Mikel Arteta
Alex Song
Craig Eastmond
Francis Coquelin
Chuks Aneke
Thomas Eisfeld
Abou Diaby

Striker
Theo Walcott
Ryo Miyaichi
Marouane Chamakh
Gervinho
Benik Afobe
Alex Oxalde-Chamberlain

0 comments:

Post a Comment