12 July 2013

Arsenal Ladies Jayne Ludlow bersara


Arsenal Ladies best number 4
Hanya 4 bulan selepas kapten pasukan, Faye White mengumumkan persaraannya, bekas penolong kapten pasukan Arsenal Ladies, Jayne Ludlow turut mengumumkan persaraannya dari bola sepak hanya 8 bulan selepas melepaskan lilitan lengan kapten pasukan Wales selepas mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa. Tahun 2013 telah menjadi tahun di mana para peminat Arsenal Ladies sedia mengetahui bahawa ini bakal menjadi tahun terakhir kepada beberapa pemain senior yang telah memahat nama mereka sebagai lagenda sejati Arsenal Ladies.

Ludlow telah berada di Utara London selama 13 tahun dan memenangi sejumlah 26 kejuaraan utama, 3 FA Players Player of the Year dan lebih 200 gol untuk Arsenal Ladies. Menyertai Arsenal dari Southampton selepas menarik perhatian Vic Akers semasa pertembungan Arsenal dan Southampton. Beliau tidak perlu berfikir lama untuk mengetahui Arsenal Ladies merupakan kelab terbaik untuk dirinya dan beliau telah mencipta begitu banyak sejarah bersama pasukan sepanjang tempoh 13 tahunnya. 

Namun walau bagaimana sedia pun anda, apabila berita tersebut menjadi kenyataan, tiada apa dapat menahan rasa sebak daripada melanda diri anda. Kerana bagi peminat Arsenal Ladies, ia sememangnya 'the end of an era'. Era di mana pasukan Arsenal Ladies telah mendominasi pentas bola sepak England dan mengatasi status 'underdog' untuk menewaskan pasukan professional dari Sweden untuk menjulang trofi UEFA Women's Cup pada tahun 2007 seterusnya mengesahkan kejuaraan 'quadruple' untuk musim 2006/2007 apabila mereka telah memenangi kejuaraan liga, Piala Liga dan Piala FA di samping trofi berprestij Eropah tersebut.

Arsenal Ladies XI in UEFA Women's Cup final in 2007
Daripada tonggak utama Arsenal Ladies yang memenangi kejuaraan quadruple tersebut, hanya tinggal Ciara Grant, Katie Chapman, Emma Byrne, Kelly Smith, Rachel Yankey dan Alex Scott yang masih di Utara London. Namun pemain pertahanan, Grant masih belum dapat dipastikan akan kekal di Utara London tahun hadapan dengan beliau menjadi satu lagi pemain yang mungkin akan mengumumkan persaraannya selepas melepaskan jawatan kapten pasukan Republic Irelandnya apabila bersara dari pentas antarabangsa awal tahun lalu.

No more fabulous captain Faye White & Jayne Ludlow
Ini juga berakhir era di mana posisi kapten Arsenal diisi Faye White dan Jayne Ludlow. Mereka berdua telah bersama-sama berkongsi jawatan tersebut buat sekian lamanya sebelum Katie Chapman mula perlahan-lahan 'mencuri' peranan tersebut 2 tahun lalu. Namun akhirnya di bawah bimbingan pengurus baru, Shelley Kerr, Arsenal Ladies kini akan diketuai Kelly Smith dan Steph Houghton dan era kedua-dua mereka sebagai kapten pasukan baru telah bermula sebaik sahaja kejayaan menjulang Piala FA pada Mei lalu.

Arsenal Ladies tough box to box midfielder
'Do what you’re good at - smash people, win the ball, give it to someone who can play and get in the box.' Itulah ungkapan bekas pengurus Jayne Ludlow, Fred Donnelly. Pengurus besar Arsenal Ladies, Vic Akers mengakui Ludlow merupakan pemain bola sepak wanita box to box terbaik dan ciri-ciri fizikalnya telah membuatkan beliau lebih digeruni. Namun seiring masa, Ludlow terpaksa mengalah kepada Kim Little untuk posisi yang diisinya selama ini.

Laura Harvey has played a vital role on Luds new role in Arsenal midfield
Jayne Ludlow mengakui yang bekas pengurus, Laura Harvey telah memainkan peranan penting dalam perubahan posisinya. Ludlow telah bermain lebih ke bawah pada beberapa tahun terakhirnya selepas pemain Scotland, Kim Little telah menunjukkan potensinya sebagai nadi kreatif baru Arsenal Ladies serta menjaringkan sejumlah besar gol dari kawasan midfield, seperti yang dilakukan Ludlow sepanjang 13 tahun kariernya di Utara London.

Ludlow has scored over 200 goals for Arsenal Ladies
Ludlow telah menjaringkan sejumlah 28 gol pada musim pertamanya di Utara London selepas perpindahan dari Southampton. Ludlow tidak pernah memandangkan ke belakang lagi apabila memastikan namanya akan terus meniti di bibir peminat apabila meledak lebih 200 gol untuk Arsenal Ladies dan seterusnya muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Arsenal. Satu rekod yang mungkin akan bertahan buat satu jangka masa yang panjang.

Do what a captain should do
Seorang pemain yang cukup dihormati rakan sepasukannya dan merupakan kapten pasukan yang cukup bersuara lantang. Ciri-ciri permainan fizikalnya mungkin menjadi perhatian pengadil untuk diberikan layangan kad kuning namun Ludlow juga merupakan kapten pasukan yang bersedia mempertahankan rakan sepasukannya dari luar dan atas padang. Luds memastikan suaranya didengari pada aksi final Piala Continental tahun 2011 apabila memarahi Chelsea Weston yang kerap mengasari pemain sayap kiri Arsenal, Rachel Yankey sepanjang perlawanan yang turut menyaksikan Yankey kehilangan sabarnya sehingga menolak pemain tersebut.

Ludlow will continue her career as a coach
Karier Jayne Ludlow di Arsenal sejak beberapa tahun lepas telah dicemari dengan masalah kecederaan berulang. Ludlow terlepas aksi final Piala FA 2011 kerana kecederaan sebelum terlepas sebahagian besar musim 2011/2012 kerana kecederaan paha. Faktor persaraannya bukan sahaja kerana masalah kecederaan namun juga hakikat beliau lebih gembira melatih berbanding bermain.

Nobbs is the perfect replacement for Ludlow
Seperti mana produk akademi, Gilly Flaherty telah berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Faye White, begitu jugalah cerita dengan pemain muda meningkat naik England, Jordan Nobbs. Jayne Ludlow mungkin berjaya mengekang Nobbs daripada merampas tempatnya pada musim pertama pemain tersebut di Utara London, namun Ludlow akhir kehilangan tempatnya apabila Nobbs membina gandingan mantap bersama-sama Katie Chapman dan Kim Little di barisan tengah Arsenal Ladies pada tahun lalu di mana Arsenal Ladies memenangi 'double' dan memenangi liga tanpa sebarang kekalahan. Gandingan tersebut turut menyaksikan sejumlah besar gol Arsenal hadir dari bahagian tengah.

Thanks for everything Ludlow
Jayne Ludlow yang mengambil tugas Laura Harvey awal tahun ini sebagai pengarah akademi Arsenal Ladies dijangka meneruskan kariernya sebagai jurulatih. Ludlow kini merupakan jurulatih akademi Arsenal Ladies dan juga bekerja bersama-sama pemain muda Wales. Ludlow yang juga merupakan ahli fisioterapi yang bertauliah telah mendapat sokongan ramai bekas rakan sepasukannya sebagai seorang pemain yang akan menjadi pengurus terbaik suatu hari nanti.

Tiada siapa yang akan meraguinya jika anda pernah melihat semangatnya sebagai pemain dan sudah semestinya bagi peminat Arsenal Ladies, mereka pasti berharap bekas penyarung jersi nombor 4 ini akan menjadi pengurus pasukan Arsenal Ladies pada suatu hari nanti dan terus mengecap kejayaan seperti yang dicapainya sebagai pemain. Sememangnya pemain yang akan dirindui bukan sahaja rakan sepasukan namun peminat Arsenal Ladies. Namun tanpa sebarang keraguan lagi Jordan Nobbs merupakan pengganti sempurna lagenda Arsenal Ladies dari Wales ini.

'It’s been fun - 13 years of lifting trophies, making friends and really good memories. It’s been interesting working and playing alongside so many different personalities. I’ve had a fantastic time here and even prior to my time at Arsenal. I really have enjoyed every minute of it.' -Jayne Ludlow-

1 comments:

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.161
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

19.8.13

Post a Comment