27 May 2013

Arsenal Ladies juara Piala FA 2013!!

Arsenal Ladies berjaya membawa pulang piala kegemaran mereka iaitu Piala FA ke utara London selepas melepaskannya kepada Birmingham City Ladies musim lepas. Kekecewaan tewas di separuh akhir Piala FA musim lalu di tangan Chelsea Ladies masih berbekas kepada setiap pemain dengan mereka memulakan kempen membawa pulang Piala FA dengan membelasah Nottingham Forest Ladies 7-0 walaupun merehatkan beberapa tonggak utama.

Kecermelangan tersebut diteruskan apabila membelasah juara bertahan 6-0 di peringkat suku akhir seterusnya mengejutkan bola sepak wanita di England. Perlawanan separuh akhir di Anfield menentang Liverpool Ladies bersaing dengan sedikit sengit apabila Ladies hanya berjaya meraih kemenangan 2-1 namun gol yang dijaringkan Liverpool banyak berpunca kepada keputusan kontroversi pengadil yang mengarahkan Gilly Flaherty untuk menukar jersinya buat kali ketiga selepas mengalami kecederaan di muka.

Sebelum aksi final, Arsenal telah pun terlebih dahulu menumpaskan Bristol Academy 4-2 di saingan Piala Continental hanya seminggu sebelum final Piala FA. Namun disebalik kemenangan tersebut ramai yang menjangkakan Arsenal Ladies akan berdepan saingan sengit daripada Bristol yang mahu membalas dendam kekalahan di final Piala FA 2011. Namun untuk rekod Arsenal Ladies hanya pernah tumpas sekali di aksi final iaitu pada final 2010 apabila ditewaskan musuh ketat Everton Ladies 3-2.

Ramai menjangkakan perlawanan akan berlarutan sehingga masa tambahan dengan ramai mengambil kira prestasi Bristol Academy di saingan liga di mana mereka sedang mendahului dengan 9 mata daripada 3 perlawanan sementara Arsenal Ladies hanya mengutip 1 mata daripada 2 perlawanan dan telah mengalami kekalahan 4-0 di tangan Liverpool Ladies di Emirates Stadium. Namun tidak ramai mengambil kira prestasi Arsenal di saingan Piala FA apabila mereka telah menjaringkan 15 gol dan hanya bolos sekali dalam 3 perlawanan.

Arsenal semakin kurang menjadi pilihan apabila kapten pasukan, Kelly Smith disahkan terlepas aksi final selepas gagal pulih tepat pada waktunya daripada kecederaan buku lali walaupun sudah mula menjalani latihan ringan. Ianya semakin tidak membantu apabila bek kiri, Niamh Fahey turut disahkan akan diketepikan akibat kecederaan. Namun para pemain pertahanan Arsenal berjaya menarik nafas lega apabila penyerang Bristol, Laura Del Rio tidak cukup cergas untuk memulakan perlawanan dan para pemain hanya perlu mengawal Natalia sekurang-kurangnya sepanjang separuh masa pertama.

Shelley Kerr tidak membuat banyak perubahan dan telah menurunkan skuad yang boleh dijangka ramai dengan Emma Byrne mengawal gawang Arsenal sementara barisan pertahanan Arsenal terdiri daripada Alex Scott, Ciara Grant, Gilly Flaherty dan Jennifer Beattie. Trio midfield Arsenal pula diketuai penolong kapten pasukan, Steph Houghton, Kim Little dan Jordan Nobbs. Trio serangan pula menyaksikan kembalinya gandingan Gemma Davison, Ellen White dan Rachel Yankey.

Arsenal tidak menunggu lama untuk mendahului apabila kurang daripada 2 minit sepak mula, Rachel Yankey membuat crossing cantik mencari Steph Houghton yang tidak dikawal untuk menanduk masa gol pendahuluan. Bristol dilihat cukup gugup dan Arsenal menunjukkan pengalaman mereka apabila mendominasi sepanjang perlawanan dan mudah mematahkan gerakan Bristol. Namun malangnya mereka gagal mendahului lebih daripada satu gol di separuh masa apabila penjaga gol Bristol, Siobhan Chamberlain beberapa kali menafikan gol kedua Arsenal Ladies.

Namun sebenarnya Bristol mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan terutama sekali selepas penjaga gol Arsenal, Emma Byrne mempunyai separuh masa pertama yang cukup di bawah standardnya dengan beberapa clearance mengecewakan dan juga gagal menangkap kemas free kick Corrine Yorston dan hampir-hampir menyaksikan Bristol menyamakan kedudukan.


Di separuh masa kedua Bristol cukup garang namun barisan pertahanan Arsenal kekal utuh dan dengan Emma Byrne kembali ke prestasi terbaiknya, Bristol terus dikecewakan Arsenal. Jika ianya tidak lagi teruk untuk Bristol, pemain tengah mereka, Lucy Staniforth terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan serius di lututnya. Ianya turut menyaksikan beberapa pemain menoleh daripada melihat kecederaan Staniforth yang agak teruk.

Perlawanan terpaksa dihentikan selama 5 minit untuk memberikan ruang kepada pasukan perubatan untuk merawat Staniforth sebelum diusung keluar padang. Tiada siapa yang akan mengkritik kedua-dua pasukan jika tempo perlawanan yang semakin rancak tiba-tiba lenyap. Namun Arsenal sebaliknya mempunyai idea sebaliknya apabila menggunakan peluang tersebut untuk menjaringkan gol kedua.

Gemma Davison yang seperti biasa memporak perandakan barisan pertahanan Bristol telah membuat crossing cantik kepada Jordan Nobbs yang menanduk cantik melepasi jangkauan Siobhan Chamberlain untuk gol kedua Arsenal. Gol tersebut juga menyaksikan Bristol merisikokan kecederaan Del Rio apabila membawa masuk Del Rio dengan mengeluarkan bek kanan mereka seterusnya beraksi dengan formasi 3-5-2.

Ianya formasi yang cukup berisiko memandangkan kelincahan Gemma Davison dan Rachel Yankey di bahagian sayap Arsenal sambil di bantu Alex Scott dan Jennifer Beattie mampu menyaksikan Arsenal mencipta lebih peluang. Seperti dijangka Arsenal menggunakan peluang tersebut namun jika bukan beberapa keputusan mengecewakan daripada Gemma Davison, Jordan Nobbs dan beberapa pemain lain, Arsenal pasti telah mendahului 4-0.

Di masa kecederaan Arsenal Ladies akhirnya berhaya menjaringkan gol ketiga apabila sepakan deras Jordan Nobbs gagal ditangkap kemas Chamberlain dan bola tersebut tepat menuju Ellen White yang kemudiannya menyudahkannya untuk gol ketiga Arsenal. Ellen yang bekerja keras sepanjang perlawanan kini telah meledak sejumlah 4 gol daripada 4 perlawanan Piala FA dan telah meledak di setiap peringkat saingan Piala FA musim ini.

Bristol cuba mencari gol sagu hati namun Emma Byrne mempunyai idea lain apabila beliau membuat aksi menyelamat cantik untuk percubaan cantik bekas pemain akademi Arsenal, Angharad James. Sepakan penjuru yang diambil Bristol telah mengucar kacirkan barisan pertahanan Arsenal namun entah bagaimana Bristol gagal mengambil kesempatan tersebut untuk gol sagu hati. Selain daripada aksi menyakinkan Emma Byrne untuk menafikan gol sagu hati untuk Bristol, Gilly Flaherty turut menyerlah dengan beberapa kali mematahkan gerakan Bristol ke kotak penalti.

Tamat perlawanan Arsenal Ladies bersorak kegembiraan sementara para pemain Bristol tunduk kecewa. Aksi penyampaian trofi telah menyaksikan Steph Houghton dan Kelly Smith berada bersebelahan dengan trofi Piala FA sebelum kedua-duanya menjulang piala tersebut untuk kejuaraan pertama tahun 2013 dan juga mengesahkan Piala FA kembali ke utara London.

Ini mungkin trofi Piala FA ke-12 Arsenal Ladies dan trofi ke-39 Arsenal Ladies secara keseluruhan, namun ini merupakan trofi pertama Shelley Kerr selepas mengambil alih pasukan daripada Laura Harvey pada bulan Mac seterusnya mengundang perkataan 'it's the end of an era'. Ianya membawa maksud tamatnya sudah era Laura Harvey dengan kemenangan Piala FA ini seterusnya bermulalah era Shelley Kerr.

Kapten pasukan, Kelly Smith mungkin tidak beraksi sepanjang saingan Piala FA selepas mengalami kecederaan buku lali pada perlawanan pertama musim, namun ianya tidak menghalangnya daripada menjulang Piala FA bersama-sama Steph Houghton dalam musim pertama mereka berdua sebagai kapten dan penolong kapten pasukan yang baru. Ini juga kejuaraan Piala FA pertama Kelly sejak tahun 2008 selepas terlepas kejuaraan Piala FA 2009 selepas berhijrah ke United States pada penghujung bulan Februari 2009.

3 pemain yang baru memenangi Piala FA bersama pasukan ialah trio muda pasukan yang memecah masuk pasukan utama iaitu penyerang Lauren Bruton dan duo midfield, Jade Bailey dan Bianca Bragg. Ini mungkin bukan musim pertama Bruton memecah masuk skuad utama, namun masalah kecederaan dan kehadiran pemain-pemain senior telah membantutkan perkembangan Bruton. Jade Bailey yang disebut-sebut pemain masa depan Arsenal selepas merekodkan namanya pada Olimpik tahun lalu dengan berganding bersama-sama David Beckham menyerahkan obor Olimpik, memenangi trofi pertamanya dalam musim sulungnya bersama pasukan utama.

Bailey turut beraksi beberapa minit di aksi final namun tidak cukup untuk memberikan impak. Sementara Bianca Bragg pula ini merupakan musim keduanya bersama-sama skuad utama namun ini merupakan Piala FA pertamanya. Apa-apa pun tahniah Ladies dan Jordan Nobbs yang telah dinamakan pemain terbaik perlawanan.

0 comments:

Post a Comment