29 April 2013

Kim Little win PFA Women's Player of the Year

Pemain tengah Arsenal Ladies berusia 22 tahun, Kim Little telah dinamakan sebagai pemenang pertama anugerah PFA Women's Player of the Year seterusnya menewaskan pemenang FA WSL Player of the Year, Jess Fishlock serta dua rakan sepasukannya, Jordan Nobbs dan Gemma Davison berserta dua lagi calon daripada Everton Ladies, Toni Duggan dan pemain Birmingham City, Jodie Taylor.

Little yang juga merupakan penjaring terbanyak FA Women's Super League musim lalu selain menduduki tempat kedua FA WSL Player of the Year tanpa sebarang keraguan lagi merupakan pemenang yang cukup berhak menerima anugerah ini tanpa sebarang keraguan lagi. Malahan calon-calon anugerah PFA Women's Player of the Year juga pasti tidak akan mengeluh jika nama Kim Little disebut.

Kerana inilah pemain yang menjaringkan gol cantik daripada luar kotak penalti semasa Arsenal Ladies mengesahkan kejuaraan double mereka menewaskan Birmingham City. Dengan hanya tinggal 8 minit lagi masa tinggal, tiada siapa akan menyalahkan anda jika anda memikirkan perlawanan final Piala Continental akan berlanjutan sehingga ke masa tambahan dan malahan penalti.

Malahan pengurus Arsenal Ladies musim lalu, Laura Harvey turut mengakui beliau mula berbincang dengan pembantunya, Rehanne Skinner mengenai masa tambahan hanya untuk dihentikan oleh pembantunya sendiri yang kekal yakin sesuatu akan berlaku. Dan ianya sememangnya menjadi kenyataan apabila Kim Little yang diberikan ruang yang cukup untuk merembat dari luar kotak penalti menerusi kaki kirinya.

Gol yang cukup menakjubkan untuk menutup kempen yang serba cemerlang untuk pemain bernombor 16 Arsenal Ladies itu. Namun tiada satu musim pun sejak beliau menyertai Arsenal daripada Hibernian pada usia 16 tahun anda tidak akan berada kagum akan kebolehan pemain Scotland ini.

Inilah pemain yang sama menjaringkan gol debutnya untuk Arsenal Ladies di Stadium Emirates menentang Chelsea Ladies di hadapan 5 ribu penonton hanya sebulan selepas menyertai Arsenal. Inilah pemain yang sama yang telah menerima pujian daripada pengurus lagenda Arsenal Ladies, Vic Akers yang pantas memberitahu media untuk melihat lebih dekat aksi pemain nombor 16 Arsenal Ladies ini kerana pada masa hadapan beliau akan menjadi salah seorang pemain bernama besar bola sepak wanita.

Kurang daripada 2 tahun selepas menyertai Arsenal, Kim Little telah diberikan tugas paling mencabar daripada Vic Akers. Akers yang gagal memujuk Suzanne Grant untuk kekal selepas pemergian Kelly Smith dan ketiadaan Julie Fleeting telah menyaksikan tugas menjaringkan gol telah diletakkan sepenuhnya di atas bahu pemain berusia 19 tahun ini.

Dan Kim Little telah meyahutnya dengan menjaringkan 47 gol di dalam semua pertandingan disebalik musim 2009/2010 yang agak kucar kacir selepas perletakkan jawatan Vic Akers yang mahu memberikan fokus penuhnya dengan tugas bersama skuad utama Arsenal berserta krisis bersama-sama Tony Gervaise yang berang dengan campur tangan Akers sebelum Laura Harvey dilantik pada pertengahan musim.

Inilah juga pemain yang menerima segala pujian daripada semua pemain Arsenal Ladies baik yang senior mahupun yang junior. Pemain senior cukup kagum dengan bakat pemain muda mereka ini sementara pemain junior mahu mencontohi pemain muda ini. Sementara Vic Akers perlu berterusan menolak tawaran daripada pasukan lain untuk membawa keluar pemain Scotland ini.

Jordan Nobbs yang turut dicalonkan untuk anugerah ini dan juga pemain yang menewaskan Kim Little untuk anugerah pemain terbaik tahunanan Arsenal Ladies turut serta memuji rakan sepasukannya ini. Nobbs yang 2 tahun muda daripada Little dan telah pun dianggap bakal mencabar Little pantas merendah diri apabila menyifatkan Kim Little masih yang terbaik dan beliau cukup kagum dengan jumlah gol yang dijaringkan Little.

Statistik gol Kim Little adalah lebih baik daripada satu gol per perlawanan. Kim Little juga dianggap sebagai versi wanita Cesc Fabregas. Dan ianya tidak mengejutkan. Walaupun sering menjaringkan gol Kim Little bukannya seorang penyerang malahan bukanlah pemain acuan Lionel Messi. Little merupakan pemain 'playmaker'. Pemain yang selalu bermain di belakang penyerang.

Namun jika diletakkan lebih ke bawah, posisi yang selalu dimainkannya untuk skuad negaranya, Kim Little masih mampu untuk menyerlah. Namun bersama-sama Arsenal Ladies yang sering mengunakan formasi 4-3-3 Kim Little telah diberikan lebih kebebasan. Gandingannya bersama-sama Jordan Nobbs dan Katie Chapman musim lalu telah memberikannya lebih ruang untuk menyerang atas faktor kedua-dua pemain itu sering dipertanggungjawabkan untuk menjaga barisan pertahanan.

'What she has done for our football club since she joined is nothing short of fantastic. She has great pace over the first five yards; the ability to move into open spaces; the awareness to bring others into play; expose the opposition defence – and score goals. When Kelly (Smith) left and Kim was presented with the opportunity to fill her boots, she didn’t flinch. There was a lot of weight on her young shoulders but she rose to the challenge.'

'She has been the playmaker, the person that makes things happen, and has taken on Kelly’s mantle so well. Kim has risen to every challenge that has been put in front of her, and she’s never happier than with the ball at her feet. On top of that, she just loves the big occasions.'

Itulah ucapan bekas kapten Arsenal Ladies, Faye White yang menyampaikan anugerah tersebut kepada bekas rakan sepasukannya. Ucapan yang cukup benar daripada Faye White. Ucapan yang tidak akan disangkal mana-mana pihak pun. Pada penghujung harinya tiada yang akan mengeluh atas kemenangan Kim Little.

Kerana Kim Little cukup berhak menerima hasil persembahan memukaunya di atas padang. Kim Little juga merupakan role model terbaik di atas atau di luar padang. Inilah pemain yang kekal berdiri di atas kakinya walaupun diasak mahupun ditolak 2-3 pemain lawan. Ini jugalah pemain yang akan terus kekal di atas kakinya walaupun boleh sahaja merebahkan badannya untuk mendapatkan free kick mahupun penalti kerana beliau masih mahu mengawal bola dan menyudahkannya tanpa sepakan percuma mahupun penalti.



Ini jugalah pemain yang walaupun ditolak dalam aksi tanpa bola hanya mengangkat tangannya tanpa perlu membalas kembali tolakan tersebut. Ini jugalah pemain yang akan menjaringkan gol dari luar kotak penalti jika anda hanya memberikan beliau cukup ruang untuk melepaskan rembatan. Ini jugalah pemain yang akan menjaringkan atau mencipta gol di masa paling memerlukan. So tahniah Kim Little!! No one deserves this better than you!!

0 comments:

Post a Comment