21 April 2013

Professional Footballers Association Awards

Senarai calon untuk Proffessional Footballers Association (PFA) Awards telah pun diumumkan dengan Arsenal mempunyai 4 wakil untuk anugerah yang akan diadakan pada 28 April ini. Namun hanya seorang daripada mereka merupakan pemain skuad utama Arsenal sementara 3 lagi wakil ialah daripada pasukan Arsenal Ladies yang memenangi FA Women's Super League tanpa sebarang kekalahan dan juga kejayaan mempertahankan Piala Continental.

Jack Wilshere yang merupakan pemenang PFA Young Player of the Year pada tahun 2011 sekali lagi dicalonkan untuk anugerah tersebut walaupun musim 2012/2013nya masih diselebungi dengan masalah kecederaan buku lali yang menyaksikan beliau terlepas musim 2011/2012. Namun persembahannya bersama Arsenal sepanjang musim ini sudah mencukupi untuk nama beliau sekali lagi dicalonkan.

Wilshere yang diberikan jersi nombor 10 Arsenal pada permulaan musim telah menampilkan persembahan bertenaga untuk Arsenal disebalik musim tidak konsisten Arsenal. Wilshere turut menyerlah dalam kemenangan England semasa menentang Brazil yang juga merupakan perlawanan pertamanya untuk England sejak kembali daripada kecederaan.

Musim ini juga menyaksikan Wilshere telah menyarung lilitan lengan kapten Arsenal pada perlawanan menentang West Ham United di Emirates Stadium. Wilshere juga merupakan Arsenal di saingan Piala FA menentang Swansea City apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memastikan Arsenal mara ke pusingan seterusnya.

Jack Wilshere akan menerima tentangan sengit daripada 5 lagi calon seperti pemain Spurs, Gareth Bale, penyerang Aston Villa, Christian Benteke, pemain sayap Chelsea, Eden Hazard, penyerang pinjaman West Brom, Romelu Lukaku dan penyerang Manchester United, Danny Welbeck.

Semasa peluang Jack Wilshere untuk memenangi PFA Young Player of the Year nampak samar, anugerah Women's Players Player of the Year yang buat pertama kalinya diadakan nampak bakal berpihak kepada pemain Arsenal Ladies diketuai oleh penjaring terbanyak FA WSL musim lalu Kim Little yang juga pemain kedua terbaik FA WSL.

Kim Little telah menjaringkan sejumlah 11 gol di saingan liga dan sejumlah 4 gol di saingan Piala Continental termasuk gol kemenangan Arsenal Ladies di final. Little tanpa sebarang keraguan lagi merupakan pemain terbaik Arsenal Ladies di mana anda boleh menyaksikan perbezaan permainan daripada Arsenal Ladies jika Kim Little tidak beraksi.

Jumlah gol penting yang dijaringkan Little memang tidak terkira. Apabila pasukan kekurangan sesuatu ianya tidak mengejutkan jika Little akan melakukan sedikit magic yang akan menyaksikan gol kemenangan pasukan tercipta. Walaupun Little tewas kepada Jess Fishlock untuk anugerah FA WSL Player of the Year, peluangnya untuk memenangi anugerah ini nampak lebih cerah.

Little juga merupakan sebahagian daripada pasukan Great Britain yang mencipta sejarah di Olimpik London. Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol, impak Little masih dapat disaksikan apabila mencipta peluang gol untuk disudahkan rakan penyerangnya. Sementara impak Little bersama skuad Scotland sememangnya sering dirasakan.

Seorang lagi pemain yang menewaskan Kim Little untuk anugerah Player of the Year ialah Jordan Nobbs yang merupakan pemain terbaik Arsenal pilihan para pemain. Selepas hanya sering masuk sebagai pengganti Jayne Ludlow pada musim pertamanya, Jordan Nobbs telah mengetepikan Ludlow untuk membuat gandingan mantap bersama-sama Katie Chapman dan Kim Little di bahagian tengah Arsenal Ladies pada musim keduanya.

Ianya telah mengundang panggilan daripada pengurus kebangsaan England. Nobbs pantas meletakkan namanya di bibir peminat bola sepak wanita England apabila menjaringkan gol cantik dalam debutnya untuk England. Disebalik menunjukkan potensi seperti rakan sepasukannya, Kim Little, Nobbs masih belum cukup prolifik di hadapan pintu gol.

Nobbs hanya menjaringkan 4 gol di saingan liga musim lalu sementara satu gol di saingan Piala FA. Namun Nobbs telah menjaringkan 3 gol untuk Arsenal Ladies musim ini daripada 5 perlawanan dengan 2 daripadanya hadir pada saingan Piala FA dan satu lagi di saingan Champions League. Nobbs sudah semestinya merupakan satu lagi peluang cerah untuk menyaksikan pemain Arsenal Ladies memenangi anugerah ini.

Walaupun Kim Little dan Jordan Nobbs merupakan pilihan, jangan dilupakan Gemma Davison yang mungkin boleh diletakkan sebagai 'underdog'. Pemain sayap kanan Arsenal Ladies ini mungkin tidak menjaringkan banyak gol seperti dua pemain tengah Arsenal Ladies itu, tetapi sumbangan Davison lebih kepada skill dan kepantasan yang mengucar kacirkan bahagian pertahanan pasukan lawan seterusnya membenarkan pemain Arsenal yang lain mempunyai ruang untuk menjaringkan gol.

Davison turut beberapa kali telah memenangi sepakan penalti dan juga sepakan percuma di sudut bahaya atas faktor para pemain lawan selalunya perlu mengasari beliau untuk menyekat pergerakannya. Tiada pemain bek kiri yang gembira untuk menentangnya. Pemilihan Davison mungkin mengejutkan namun beliau cukup berhak menerimanya.

Trio Arsenal Ladies ini akan menerima tentang sengit daripada pemenang anugerah FA WSL Player of the Year iaitu Jess Fishlock. Sementara Toni Duggan dan Jodie Taylor akan turut memberikan saingan. Apa-apa pun tahniah kepada Jack Wilshere, Kim Little, Jordan Nobbs dan Gemma Davison.

0 comments:

Post a Comment