06 October 2015

Arsenal Ladies review : Successful or not?


Arsenal Ladies telah menamatkan kempen FA Women's Super League mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Birmingham City Ladies dan hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-3 liga selepas memulakan liga dengan cukup baik sebelum rehat musim panas. Ianya banyak berpunca daripada kecederaan hamstring yang dialami Jordan Nobbs selepas beliau kembali daripada Piala Dunia 2015 yang cukup berjaya untuk England. Menambahkan lagi luka, Vicky Losada kemudiannya mengalami kecederaan pada perlawanan kedua sejak rehat musim panas sebelum perlawanan seterusnya Leah Williamson turut mengalami nasib yang sama.

Ini menyaksikan penyerang pasukan, Natalia Pablos terpaksa beraksi sebagai pemain tengah sambil dibantu Jade Bailey dan pemain yang baru dibawa masuk, Dominique Janssen. Pemain muda turut dipaksa untuk step up selepas kecederaan turut menghantui acting captain, Alex Scott. Chloe Kelly dan Lotte Wubben-Moy berjaya menunjukkan kualiti mereka namun jelas mereka tidak cukup berpengalaman untuk membantu pasukan pada aksi menentang pasukan besar.

Kecederaan turut menyaksikan Pedro Martinez Losa terpaksa menerapkan formasi 3-5-2 selepas beliau mengembalikan formasi 4-3-3 kepada pasukan sejak mengambil alih di mana ianya cukup berkesan. Namun kekurangan masa untuk menyesuaikan diri dengan formasi tersebut telah menyaksikan beberapa kelemahan berjaya dihidu pasukan lawan.

Sekembalinya Vicky Losada, Jordan Nobbs dan Leah Williamson, Arsenal Ladies kembali menunjukkan belang mereka. Namun ianya sedikit terlewat untuk pasukan memandangkan kejuaraan liga bukan lagi ditangan mereka, namun ditangan Chelsea Ladies dan Manchester City WFC. Namun para pemain langsung tidak menyerah kalah dan meneruskan tekanan kepada dua pasukan teratas tersebut dalam misi untuk sekurang-kurangnya kembali ke saingan Eropah. Pujian harus diberikan kepada para pemain yang berjuang habis-habisan namun pada akhirnya tuah tidak memihak kepada pasukan.

Kecederaan sememangnya telah memainkan peranan penting dalam satu lagi musim di mana Arsenal Ladies gagal menamatkan liga di top 2. Untuk rekod sejak FA WSL bermula pada tahun 2011, Arsenal Ladies menamatkan saingan liga sebagai juara pada tahun 2011 dan 2012 sebelum menamatkan liga di tangga ke-3 pada tahun 2013 yang cukup kontroversi sebelum menamatkan liga di tangga ke-4 pada musim lalu selepas menduduki tangga tercorot liga sebelum rehat musim panas di mana mereka hanya mengutip 1 mata daripada 4 perlawanan.

Sejak menamatkan musim 2012 sebagai juara FA WSL di mana mereka memenangi liga tanpa sebarang kekalahan, satu rekod, Arsenal Ladies telah melalui proses transisi. Pengurus pasukan paling berjaya selepas Vic Akers, Laura Harvey menyahut cabaran di seberang laut sementara pemain veteran seperti Faye White dan Jayne Ludlow mengumumkan persaraan mereka. Di bawah pengurus baru, banyak perubahan dilakukan dan muncul laporan beberapa pemain yang sudah lama menyarung jersi Arsenal Ladies, tidak selesa dengan perubahan yang dilakukan pengurus berbangsa Scotland, Shelley Kerr.

Ianya kemudiannya menyaksikan penghijrahan besar-besaran pemain selepas kempen tahun 2013 diketuai oleh Kim Little yang mengikut jejak bekas pengurus pasukan, Laura Harvey menyahut cabaran di seberang laut bersama-sama Seattle Reign FC. Penghijrahan pemain seperti Gilly Flaherty, Katie Chapman, Gemma Davison, Steph Houghton dan Ellen White yang merupakan tonggak utama kejayaan pasukan pada tahun 2012 telah meninggalkan ruang yang cukup besar. Ianya turut di ikuti dengan penghijrahan pemain veteran, Ciara Grant dan juga persaraan Yvonne Tracy.

Penjaga gol terbaik FA WSL tahun 2013, Siobhan Chamberlain telah dibawa masuk untuk memberikan saingan kepada antara penjaga gol terbaik liga, Emma Byrne. Anouk Hoogendijk dan Casey Stoney turut dibawa masuk untuk mengukuhkan barisan pertahanan Arsenal Ladies. Semantara Christie Murray dibawa masuk untuk mengukuhkan barisan serangan. Kehadiran duo Jepun yang memenangi Piala Dunia 2011, Shinobu Ohno dan Yukari Kinga turut dibawa masuk untuk mengukuhkan pasukan.

Sejak dari hari pertama musim 2014, peminat Arsenal Ladies menyedari pasukan akan bergelut dengan perubahan tersebut namun tiada siapa yang menyangka bertapa teruknya permulaan pasukan di saingan liga. Ianya langsung tidak ditunjukkan di saingan Piala FA di mana mereka selesa memenangi kejuaraan Piala FA ke-13 mereka semasa mereka bergelut mencari prestasi di saingan liga. Ini menyaksikan Shelley Kerr meletak jawatan dan Pedro Martinez Losa telah diberikan tanggungjawab untuk menyelesaikan proses transisi Arsenal Ladies dengan secepat yang mungkin.


Dengan berlabuhnya tirai 2015, ianya selamat untuk mengatakan Pedro Martinez Losa telah menyelesaikan proses transisi Arsenal Ladies. Pasukan akan kembali dengan lebih hebat pada musim hadapan jika mereka berjaya mengekalkan kesemua pemain tonggak. Setakat ini Jordan Nobbs, Emma Mitchell, Alex Scott, Leah Williamson, Emma Byrne dan Casey Stoney telah menandatangani kontrak lanjutan. Marta Corredera, Dominique Janssen dan Sari van Veenendaal turut dijangka akan meneruskan tempoh mereka di Arsenal Ladies selepas menyertai pasukan pada musim panas. Vicky Losada turut dijangka akan melakukan perkara yang sama.

Namun masa depan Chioma Ubogagu agak samar. Ubogagu mengakui beliau merupakan seorang peminat Arsenal dan musim pertamanya di England cukup berjaya dimana beliau menjaringkan 6 gol sepanjang musim ini. Kesemuanya di aksi saingan liga di mana beberapa golnya telah muncul gol kemenangan untuk pasukan. Secara teknikalnya, kelab NWSL, Sky Blue FC mempunyai hak terhadap bekas pemain USWNT U-20 itu. Keputusan pada akhirnya akan terletak kepada Ubogagu sama ada beliau akan kembali ke US atau kekal di Utara London. Sementara itu, Siobhan Chamberlain dijangka akan meninggalkan Arsenal Ladies sebaik kontraknya tamat musim ini. Dengan kehadiran Sari van Veenendaal pada musim panas dan hakikat Emma Byrne baru menandatangani kontrak baru, Siobhan Chamberlain dijangka akan mencari kelab baru sebelum permulaan musim hadapan.

Anyway... Secara teknikalnya, musim Arsenal Ladies masih belum tamat memandangkan mereka akan beraksi di separuh akhir Piala Continental pada 11 Oktober ini. Jika Arsenal Ladies berjaya menewaskan Birmingham City Ladies, Liverpool Ladies atau Notts County Ladies akan menanti mereka di pentas akhir. Semoga berjaya kepada para pemain Arsenal Ladies dalam misi mereka untuk membawa pulang Piala Continental selepas tewas di pentas final musim lalu.

1 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

10.10.15

Post a Comment