19 April 2012

Tahniah Faye White!!

Arsenal Ladies yang dalam persiapan untuk membuat kejutan di Jerman hujung minggu ini telah menerima berita yang cukup mengembirakan kem Arsenal dan juga agak menyedihkan.. Kapten pasukan, Faye White yang dalam proses pemulihan kecederaan buku lali telah disahkan akan diketepikan sepanjang musim ini selepas Faye disahkan menantikan kelahiran anak pertamanya pada bulan Oktober ini..

Faye yang membuat kemunculan pertamanya daripada kecederaan pada bulan Mac lalu pada perlawanan Piala Continental selama 45 minit, mengakui telah memberitahu seluruh pasukan dan turut duduk berbincang dengan pengurus Arsenal Ladies, Laura Harvey dan pengurus England, Hope Powell mengenai keputusan-keputusan yang akan diambilnya..

Faye yang merupakan kapten kedua-dua pasukan diakui merupakan salah seorang pemain terbaik pasukan England dan juga Arsenal.. Faye juga merupakan seorang model contoh yang terbaik dan diakui sebagai salah seorang pemain terbaik dunia menyaksikan kariernya sejak kebelakangan ini dipalit dengan kecederaan lutut yang serius..

Faye sudah semestinya tidak akan mengetuai cabaran Great Britian di Olimpik London musim panas ini dan ini menyaksikan Faye membuat keputusan untuk berehat daripada arena antarabangsa namun mengakui masih belum dapat membuat sebarang keputusan mengenai kariernya bersama pasukan yang diketuainya menjulang 27 piala sepanjang 15 tahun kariernya di Arsenal..

Arsenal Ladies dikenali sebagai pasukan yang cukup bertimbang rasa dengan dua pemainnya, Julie Fleeting dan Katie Chapman diberikan kelonggaran dari semasa ke semasa.. Faye White mungkin akan menyaksikan Katie Chapman yang dilihat tiada sebarang masalah membuat dua pekerjaan iaitu bermain bola sepak untuk Arsenal dan menjaga dua anaknya..

Tugas kapten Arsenal Ladies pastinya akan diberikan kepada penolong kapten, Jayne Ludlow sepanjang ketiadaan Faye dan Katie Chapman sudah semestinya akan membantu Jayne dari semasa ke semasa.. Sementara Gilly Flaherty yang menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang musim ini pastinya tiada sebarang masalah bergandingan dengan Ciara Grant di bahagian pertahanan tengah Arsenal sepanjang ketiadaan Faye..

Faye White pastinya akan mengambil masa sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kariernya di Arsenal, namun apa yang pasti kepulangan Faye pastinya ditunggu-tunggu memandangkan Faye merupakan seorang kapten pasukan yang berpengaruh dan juga merupakan nadi di bahagian pertahanan dengan ketenangannya menjaga bahagian pertahanan Arsenal.. Apa-apa pun tahniah Faye White!!

0 comments:

Post a Comment