Arsenal back to Malaysia & Team news

Arsenal akan menetang Malaysia XI pada 24 Julai bersamaan pada hari Selasa dan perlawanan bakal berlangsung pada pukul 9.45 malam memandangkan rakyat beragama Islam sedang menjalani puasa.. Latihan terbuka pula akan berlangsung sehari sebelum perlawanan iaitu pada 23 Julai..
Ada kemungkinan perlawanan ini bakal menyaksikan Arsenal tidak membawa beberapa pemain skuad utama atas faktor baru pulang daripada EURO 2012 dan juga menyertai skuad Olimpik.. Atikah akan berikan berita-berita baru tentang kehadiran Arsenal ke Malaysia buat kali kedua sebaik sahaja ada sebarang berita baru..

Sementara Abou Diaby dan Francis Coquelin yang mengalami kecederaan hamstring hanya akan kembali menjalani latihan penuh bersama-sama pasukan minggu depan.. Laurent Koscielny akan terus terlepas perlawanan menentang Wigan akibat pergantungan perlawanan.. Koscielny akan kembali bersama pasukan untuk perlawanan menentang Chelsea..

Jack Wilshere pula dilihat akan terlepas baki perlawanan musim ini dan juga EURO 2012 selepas Wilshere masih menjalani proses pemulihan.. Proses pemulihan Wilshere berjalan dengan baik namun progressnya berjalan dengan agak perlahan.. Adios..
0 comments:
Post a Comment