20 April 2012

Team news

Arsene Wenger telah mengesahkan yang Mikel Arteta bukan sahaja terlepas aksi London derby menentang Chelsea esok namun juga terlepas aksi sepanjang baki musim ini akibat kecederaan buku lali yang di alami pada minit awal perlawanan menentang Wigan.. Arteta tidak memerlukan sebarang pembedahan namun beliau masih perlu diketepikan selama 6 hingga 8 minggu..

Namun berita baiknya Laurent Koscielny kembali daripada pergantungan 2 perlawanan untuk kembali membina gandingan mantap bersama-sama Thomas Vermaelen pada perlawanan menentang Chelsea.. Abou Diaby juga berkemungkinan untuk berada di dalam pasukan selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan terbarunya namun Wenger masih perlu membuat keputusan mengenainya dengan mengambil kira faktor kemungkinan Diaby akan disisihkan sekali lagi..

Francis Coquelin yang sepanjang musim ini cemerlang mengisi kekosongan di bek kanan atau kiri dan malahan cemerlang di bahagian tengah disahkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan sudah mula menjalani latihan penuh.. Namun hakikat Coquelin tidak beraksi selama 2 bulan menyaksikan Wenger menolak kemungkinan Coquelin akan berada di dalam pasukan menentang Chelsea.. Adios..

0 comments:

Post a Comment