16 March 2012

Team News

Andre Santos yang bermain selama 60 minit untuk skuad simpanan atas arahan menurut Neil Banfield disahkan Arsene Wenger yang tiada sebarang masalah selepas perlawanan tersebut jadi ini mengesahkan Arsenal kembali mendapatkan semula pemain full back mereka dan Santos mungkin akan diturunkan pada perlawanan menentang Everton minggu depan..

Abou Diaby yang beraksi selama 18 minit pada perlawanan menentang Liverpool sebelum dibawa keluar akibat satu lagi kecederaan disahkan Wenger yang Diaby akan menentang skuad simpanan Liverpool minggu depan bersama-sama skuad simpanan Arsenal yang sedang beraksi cemerlang dalam 5 perlawanan terakhir dengan mencatatkan kemenangan dan menjaringkan 15 gol dan tidak dibocori..

Wenger turut mengesahkan imbasan terbaru memberikan berita positif tentang kecederaan Jack Wilshere.. Wilshere disahkan akan meneruskan progres pemulihannya namun Wenger menegaskan ianya masih terlalu awal untuk menjangkakan bila Wilshere akan kembali dengan pasukan perubatan Arsenal akan melihatnya dari hari ke hari..

Francis Coquelin yang mengalami kecederaan hamstring semasa kekalahan Piala FA di tangan Sunderland semasa perlawanan baru mahu memasuki minit ke-10 disahkan 2 minggu lagi untuk kembali cergas..

Wenger turut mengakui Per Mertesacker akan terlepas baki musim ini memandangkan hanya tinggal 6 minggu lagi sebelum musim berakhir dan dalam tempoh itu Mertesacker tidak akan cukup tajam untuk kembali semula dan bermain.. Mertesacker masih perlu berlatih dan kembali ke tahap kecergasan penuh.. Adios..

0 comments:

Post a Comment