10 March 2012

Latest team news

Arsene Wenger telah mengesahkan Andre Santos bersedia untuk diturunkan pada perlawanan menentang Newcastle United awal pagi Selasa ini semasa keraguan masih menyelebungi Kieran Gibbs.. Ini pastinya memberikan berita gembira kepada peminat dan pasukan dengan kepulangan Santos melengkapkan kepulangan semula semua full back Arsenal daripada kecederaan serius..

Arsene Wenger sekali lagi mengesahkan kepulangan duo midfield, Aaron Ramsey dan Mikel Arteta dan mereka dilihat akan ditemani Yossi Benayoun selepas Wenger mengakui jika segalanya berjalan lancar, Benayoun akan kembali menjalani latihan hari Ahad ini.. Namun Abou Diaby yang memberikan impak berkesan semasa kepulangan semulanya sebelum terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan disahkan akan terlepas perlawanan menentang Newcastle..

Wenger turut mengesahkan Jack Wilshere menjalani imbasan hari ini namun tidak dapat memberitahu apakah keputusannya.. Namun di padang latihan semuanya nampak okay dan buku lali Wilshere juga nampak okay.. Jadi mengikut Wenger jika tiadanya keradangan di buku lalinya, Wilshere akan menjalani proses pemulihan secara normal.. Adios

0 comments:

Post a Comment