09 March 2012

Team News

Arsene Wenger telah memberikan berita baik daripada Mikel Arteta yang terpaksa diusung padang semasa menentang Liverpool minggu lepas akibat dilanggar dari belakang oleh Jordan Henderson.. Arteta disahkan bersedia untuk diturunkan pada perlawanan menentang Newcastle hari Isnin ini selepas kecederaannya disahkan tidak teruk walaupun beliau diusung padang dan diberikan bantuan pernafasan..

Aaron Ramsey yang telah diketepikan hampir 3 minggu akibat kecederaan buku lali yang dialaminya semasa menentang Sunderland disahkan kembali untuk merebut tempatnya daripada on form Tomas Rosicky.. Theo Walcott disahkan akan terus mengisi posisi sayap kanan selepas kecederaan yang di alaminya semasa menentang AC Milan tidaklah serius..

Namun terdapat sedikit keraguan di posisi bek kiri selepas Kieran Gibbs mengalami kecederaan dan Gibbs berada di dalam keraguan untuk beraksi menentang Newcastle hari Isnin ini.. Wenger mengakui Andre Santos mungkin akan kembali mengisi posisi bek kiri jika Gibbs gagal pulih sepenuhnya.. Namun Wenger hanya akan membuat keputusan pada saat akhir memandangkan Santos baru sahaja kembali menjalani latihan penuh..

Yossi Benayoun yang terlepas perlawanan menentang AC Milan akibat kecederaan berada di dalam keraguan untuk kembali pada perlawanan menentang Newcastle.. Adios..

0 comments:

Post a Comment