17 February 2012

Good News and Bad News

Thierry Henry yang telah pulang ke United States pastinya meninggalkan ruang di dalam pasukan Arsenal.. Namun Gervinho yang kembali menyertai pasukan selepas mewakili Ivory Coast di Piala Negara Afrika pastinya tiada masalah untuk mengisi ruang yang ditinggalkan Kind Henry.. Arsene Wenger mengesahkan Gervinho telah kembali dan dilihat tiada masalah untuk kembali diturunkan semasa menentang Sunderland di pusingan ke-5 Piala FA..

Menambahkan lagi berita baik, Carl Jenkinson telah kembali menjalani latihan penuh dan Jenkinson dilihat tiada masalah untuk kembali semula sebagai pemangku Bacary Sagna di bek kanan Arsenal tidak lama lagi..

Namun berita buruk diterima daripada Laurent Koscielny yang mengalami kecederaan lutut semasa menentang AC Milan.. Berita baiknya imbasan menunjukkan kecederaan yang di alami Koscielny tidak teruk dan Koscielny dijangka bersedia untuk kembali minggu depan.. Ini bermakna Thomas Vermaelen akan bergandingan dengan Johan Djourou pada perlawanan menentang Sunderland..

Namun berita lebih buruk diterima daripada pembelian musim panas Wenger iaitu Per Mertesacker yang berkemungkinan terlepas baki musim selepas Wenger mengesahkan Mertesacker menjalani pembinaan semula ligamen buku lali kanannya dan bakal diketepikan untuk satu tempoh yang lama.. Adios..

0 comments:

Post a Comment