01 February 2012

Welcome to Arsenal Thomas Eisfeld

\
Selepas mendapatkan khidmat Thierry Henry secara pinjaman 2 bulan pada pintu perpindahan Januari, Arsene Wenger mengesahkan khidmat pemain tengah menyerang berusia 19 tahun, Thomas Eisfeld menjadi rekrut terakhirnya pada hari terakhir jendela pintu perpindahan.. Eisfeld mungkin bukan pilihan yang mampu mengembirakan fans Arsenal namun inilah Wenger tipikal signing..

Skuad peninjau Arsenal telah memerhatikan aksi Eisfeld di Borrusia Dortmund dengan lebih dekat musim ini dengan Eisfeld telah memastikan aksi beliau mengkagumkan skuad peninjau Arsenal dengan 6 gol dan 6 bantuan gol daripada hanya 12 perlawanannya untuk skuad bawah 19 tahun Borrusia Dortmund..

Arsenal yang bersetuju dengan pampasan bernilai 600 ribu pound untuk mendapatkan khidmat Eisfeld yang akan tamat kontraknya pada penghujung musim ini dengan Wenger menyifatkan ianya akan memberikan Eisfeld masa untuk membiasakan dirinya di Arsenal dengan ini dilihat sebagai petunjuk kemasukan Eisfeld bukan sekadar hanya untuk bermain untuk skuad simpanan Arsenal untuk beberapa musim..

Eisfeld yang menandatangani kontrak jangka masa panjang dengan Arsenal terpaksa melalui ujian kecergasan ketat yang dilakukan pasukan perubatan Arsenal memandangkan Eisfeld pernah koyak ligamen lututnya pada 2009.. Namun Eisfeld yang pernah menjadi kapten pasukan Jerman bawah 15 tahun telah berjaya melepasinya untuk memastikan beliau menjadi milik Arsenal..

Eisfeld yang tidak pernah berjaya muncul untuk skuad utama Borrusia Dortmund berkata selepas perpindahannya, "Saya berasa amat bangga telah ditandatangani untuk Arsenal. Ini adalah kelab yang hebat, dengan ramai pemain yang hebat, dan saya amat gembira untuk menyertai Arsenal."

"
Ia merupakan satu penghormatan sebenar untuk menjadi rakan sepasukan dengan pemain-pemain hebat di Arsenal, dan juga latihan setiap hari dengan pemain seperti Tomas Rosicky -. Yang saya menonton permainannya di Dortmund sejak kecil. Saya akan memberikan segalanya yang saya ada di sini dan melakukan yang terbaik untuk membuat pengurus, pemain dan peminat gembira."

Eisfeld yang telah pun turun berlatih bersama rakan-rakan sepasukan barunya jelas sekali cukup dikagumi Arsene Wenger yang berkata, "
Thomas adalah seorang pemain yang kami suka untuk beberapa lama. Kami telah memerhatikannya secara rapat musim ini, di mana beliau telah cemerlang untuk pasukan belia Dortmund."

"
Dia masih muda tetapi telah membuktikan kepada kami bahawa beliau boleh main, bahawa dia mempunyai sikap dan keupayaan teknikal untuk menjadi tambahan yang berharga untuk skuad kami. Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan beliau kepada kelab dan menantikan sumbangan beliau dalam musim yang mendatang."

Wenger turut menambah, "Beliau adalah seorang prospek yang muda dengan bakat bola sepak yang baik.. Beliau mempunyai bahan-bahan yang baik yang boleh membenarkan beliau untuk mengintegrasikan ke dalam kualiti pasukan kami - asas teknik, pergerakan yang baik dan kemahiran. Kami percaya bahawa dia mempunyai peluang untuk mengembang di sini.."

"
Berapa banyakkah aksi pasukan utama bergantung kepada beliau.Pada asasnya, kami merancang untuk mendapatkan dia pada akhir musim ini tetapi kami mendapat sedikit lebih awal kerana dia berada di akhir kontrak. Kami akan menggunakan tempoh ini untuk penyesuaian."

Harapnya Thomas Eisfeld akan menjadi prospek masa hadapan Arsenal dan Atikah tidak sabar menantikan aksinya untuk skuad utama.. Harapnya beliau akan mengegarkan skuad simpanan Arsenal dan seterusnya mengegarkan skuad utama Arsenal dan menjadi pengganti jangka masa panjang Tomas Rosicky.. Adios..

0 comments:

Post a Comment