Good news from Kieran Gibbs
Arsene Wenger akhirnya boleh menarik nafas lega selepas dua beknya bersedia untuk diturunkan tidak lama lagi.. Kieran Gibbs kembali menjalani latihan penuh selepas dua kali menjalani pembedahan namun Gibbs dijangka memerlukan 1 hingga 2 minggu latihan penuh lagi sebelum kembali bersedia untuk diturunkan sementara Wenger akan memikirkan kemungkinan menurunkan Sagna pada perlawanan menentang Bolton memandangkan Sagna masih belum match fit lagi..Johan Djourou juga telah kembali menjalani latihan semula selepas mengalami kecederaan hamstring semasa menentang Manchester United tempoh hari.. Thierry Henry dan Mikel Arteta pula bersedia sepenuhnya untuk beraksi menentang Bolton awal pagi Khamis ini dan Wenger turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan terbaru melanda kem Arsenal namun Wenger akan memantau perkembangan pemain-pemainnya selepas perlawanan yang agak fizikal menentang Aston Villa tempoh hari..
Sementara itu Ryo Miyaichi sempat menjalani latihan bersama skuad utama Arsenal sebelum pergi ke Bolton selepas Arsene Wenger bersetuju melepaskan Miyaichi menyertai Bolton Wanderers secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.. Miyaichi tidak akan membuat debutnya pada perlawanan menentang Arsenal awal pagi Khamis ini.. Adios..
0 comments:
Post a Comment