14 January 2012

Team News & FA WSL schedule 2012

Arsene Wenger telah mengesahkan Francis Coquelin yang cukup cemerlang beraksi di bek Arsenal akan diketepikan selama 3 minggu akibat kecederaan hamstring.. Hasil aksi cemerlang Coquelin telah menyaksikan beliau diberikan kontrak lanjutan jangka masa panjang bersama Arsenal namun Coquelin terpaksa diketepikan dan ini pastinya bakal memeningkan Wenger.. Walaupun Wenger mengakui Coquelin mungkin akan kembali semasa perlawanan Piala FA menentang Aston Villa..

Untuk menambahkan masalah.. Laurent Koscielny, Sebastien Squillaci dan Johan Djourou yang kembali dari pergantungan perlawanan hanya pemain Arsenal yang benar-benar cergas selepas Per Mertesacker tidak sihat bersama-sama Tomas Rosicky dan Wenger masih belum membuat sebarang keputusan tentang perkara tersebut..

Ini mungkin menyaksikan Nico Yennaris bakal membuat debutnya di liga Perdana sementara Ignasi Miquel bakal mengisi kekosongan di bek kiri.. Berita baik dari full back Arsenal ialah Carl Jenkinson telah mula kembali menjalani latihan sementara Thomas Vermaelen diharap dapat kembali semasa perlawanan menentang Manchester United minggu depan..

Sementara itu Arsene Wenger mengakui yang beliau masih bekerja keras untuk mencari pemain full back yang boleh di bawa masuk secara pinjaman.. Namun dalam masa yang sama Wenger telah menolak kemungkinan membawa masuk pemain Chelsea, Salomon Kalou, pemain muda Manchester United, Ravel Morrison dan penyerang Anderlecht, Matias Suarez dan turun menafikan Marouane Chamakh akan dijual pada bulan ini..

Sementara itu Arsenal Ladies yang baru-baru ini telah mengesahkan perlawanan persahabatan mereka menentang Colchester United dan Gillingham bulan depan telah menerima jadual untuk FA WSL yang bakal bermula pada bulan Mac depan.. Ladies yang cukup senyap di pasaran perpindahan bakal menerima kunjungan musuh ketat Everton Ladies FC pada perlawanan pembukaan..

Sementara itu perlawanan akhir musim bakal menyaksikan Arsenal Ladies berkunjung ke gelanggang naib juara FA WSL musim lalu, Birmingham City Ladies dengan ianya berkemungkinan bakal menjadi perlawanan penentu kejuaraan liga selepas persaingan sengit Arsenal Ladies dan Birmingham Ladies yang berakhir Arsenal Ladies mengekalkan kuasa mereka dengan memenangi treble.. Adios..

0 comments:

Post a Comment