06 January 2012

Team news

Perlawanan Piala FA menentang Leeds United pada Isnin ini akan menyaksikan Arsene Wenger merehatkan Robin Van Persie sementara Gervinho pula akan terbang untuk perlawanan Piala Negara Afrika bakal terlepas perlawanan ini dengan beberapa pemain utama dilihat akan terus diturunkan Wenger..

Keputusan Wenger untuk memberikan rehat kepada RVP bakal menyaksikan Park Chu Young dan Marouane Chamakh bakal menjadi pilihan Wenger untuk mengetuai barisan serangan Arsenal.. Chamakh dilihat akan terus bersama pasukan sehingga perlawanan menentang Leeds sebelum mula melaporkan diri di kem pasukan Morroco untuk Piala Negara Afrika..

Sementara itu Thomas Vermaelen yang mengalami kecederaan betis semasa menang 1-0 ke atas QPR disahkan akan terlepas perlawanan menentang Leeds United dengan Vermaelen dilihat hanya akan kembali pada perlawanan liga Perdana menentang Swansea City pada 15 Januari nanti..

Sementara itu Johan Djourou yang dibuang padang pada perlawanan menentang Fulham bakal menjalani pergantungan perlawanannya menentang Leeds di saingan Piala FA.. Dengan Djourou dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan groin yang dialaminya, Djourou pastinya mahu mengunakan peluang tersebut untuk pulih sepenuhnya..

Kecederaan yang melanda barisan pertahanan menyaksikan Wenger semakin kekurangan pilihan.. Dengan Francis Coquelin dilihat berjaya beraksi cemerlang sebagai bek kiri walaupun ianya bukanlah posisi beliau, Wenger berkemungkinan bakal memanggil Ignasi Miquel dan mungkin juga Nico Yennaris untuk membantu..

Sedikit berita tentang Bacary Sagna, Jack Wilshere dan Kieran Gibbs.. Wenger mengakui ketiga-tiga mereka melalui proses pemulihan yang berjalan dengan cukup lancar namun paling cepat pun mereka akan kembali adalah beberapa minggu lagi dengan Sagna dilihat bakal menjadi pemain pertama diantara mereka yang akan kembali terlebih dahulu..

Sementara itu Arsene Wenger menegaskan tiada sebarang perjanjian dengan pemain baru sedang berlaku sekarang ini namun Wenger tidak menafikan kemungkinan akan ada pemain baru datang.. Terutama sekali pemain pertahanan menerusi perjanjian secara pinjaman.. Sementara itu Theirry Henry masih belum akan membuat debutnya semula di dalam jersi Arsenal selepas masih belum mendapat pelepasan dari New York Red Bulls..

0 comments:

Post a Comment