Bad news from Jack Wilshere
Semalam telah menyaksikan Bacary Sagna kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan dan ini sudah semestinya bukan sahaja mengembirakan Arsene Wenger yang sebelum ini terpaksa menurunkan bek kanan bidan terjun namun pastinya turut mengembirakan fans Arsenal..Johan Djourou pula dijangka terlepas perlawanan Piala FA menentang Aston Villa selepas masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.. Ini bakal menyaksikan Nico Yennaris ataupun Francis Coquelin yang kembali semula selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan bakal mengisi posisi bek kanan ataupun Wenger akan meletakkan Coquelin di bek kiri dan Laurent Koscielny di bek kanan dengan Vermaelen bergandingan dengan Per Mertesacker di bahagian tengah pertahanan Arsenal..
Lukasz Fabianski pula dijangka memanaskan semula bangku simpanan ataupun mengambil alih tugas mengawal gawang dari Wojciech Szczesny selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang di alaminya bulan lepas dan telah membuat penampilan bersama skuad simpanan pada 24 Januari tempoh hari semasa mereka tewas 1-0 ke atas Fulham di mana Fabianski telah menampilkan aksi yang agak cemerlang..Disebalik kepulangan semula Fabianski, Arteta, Henry, Coquelin, Gibbs dan Sagna yang menyaksikan Wenger mula-mula berkira-kira untuk menurunkan mereka pada perlawanan menentang Aston Villa pada hujung minggu ini ataupun perlawanan menentang Bolton minggu depan terdapat berita yang tidak akan disenangi peminat mahupun Wenger, pemain dan staf perubatan Arsenal sendiri..
Terdapat satu lagi setback kepada proses pemulihan Jack Wilshere di mana Wilshere terpaksa berjumpa pakar sekali lagi untuk menentukan sampai beliau terpaksa menangguhkan proses pemulihannya.. Ini pastinya berita terakhir yang mahu diterima peminat Arsenal dan di kem Arsenal sendiri.. Adios
0 comments:
Post a Comment