20 January 2012

Team news

Masalah di bahagian pertahanan pastinya mahu diperbaiki Arsene Wenger untuk mengelak berulangnya sekali lagi kekalahan 8-2 di Emirates Stadium pada hari Ahad ini.. Namun Thomas Vermaelen dilihat masih gagal untuk pulih daripada kecederaan betisnya dan Wenger yang masih mengharapkan kejutan daripada Verminator akan menyaksikan Vermaelen dengan lebih dekat dan mungkin Vermaelen bakal menjalani ujian sebelum sebarang keputusan dibuat..

Ketiadaan Mikel Arteta semasa kekalahan kepada Swansea tempoh hari dilaporkan menjadi punca kekalahan tersebut dan pastinya fans Arsenal berharap Arteta sempat pulih daripada kecederaan betis yang di alaminya.. Namun Wenger telah menolak peluang pemain Sepanyol tersebut untuk beraksi menentang MU dengan Arteta mungkin hanya akan kembali semasa menentang Aston Villa di Piala FA minggu depan..

Sementara itu Thierry Henry akan menjalani ujian kecergasan terlebih dahulu sebelum disenaraikan pada perlawanan menentang Manchester United selama mengalami kecederaan betis.. Atikah harap Henry mampu untuk disenaraikan pada perlawanan ini kerana pengaruh Henry cukup penting dan beliau masih lagi tajam dalam 2 perlawanannya untuk Arsenal setakat ini..

Proses pemulihan Jack Wilshere yang dilihat sedikit terganggu selepas berlakunya keradangan di tulangnya dan telah kembali berlari semula.. Namun Wilshere masih beberapa minggu lagi daripada kepulangan semula bersama skuad Arsenal.. Sementara itu Bacary Sagna dan Kieran Gibbs dilaporkan Wenger hanya 2 dan 3 minggu lagi daripada kembali semula beraksi..

Francis Coquelin disahkan akan terlepas perlawanan ini selepas masih belum menjalani latihan penuh.. Namun Coquelin dijangka kembali semula pada perlawanan menentang Aston Villa.. Carl Jenkinson pula telah kembali berlari selepas kecederaan belakang yang dialaminya telah membantutkan perkembangannya di Arsenal.. Jenkinson seperti Wilshere beberapa minggu lagi daripada kembali beraksi..

Andre Santos menjalani proses pemulihan daripada pembedahan buku lali dengan lancar sekali dan masih mengikut jadual dengan Santos dijangka 2 bulan lagi sebelum kembali.. Hanya Lukasz Fabianski sahaja yang disahkan Wenger kembali cergas dan dijangka mengambil semula tempatnya di bangku simpanan daripada Manuel Almunia..

Arsene Wenger telah sekali lagi menolak kemungkinan menjual Andrei Arshavin apabila menyifatkan dengan masalah kecederaan yang di alami.. Beliau sama sekali tidak akan melepaskan pemain berbakat seperti Arshavin pergi.. Sejujurnya Arshavin masih bagus.. Cuma dia perlu perbaiki atitudnya.. Main secara Arsenal..

Dan Robin Van Persie telah menafikan laporan yang Arsenal telah menandatangani anaknya, Shaqueel yang cukup berbakat.. Namun RVP mengakui Shaqueel menjalani latihan bersama skuad akademi Arsenal dan Arsenal telah membuat tawaran untuk melanjutkan lagi tempoh latihan Shaqueel dalam seminggu..

Namun Van Persie mengakui beliau masih belum menerima tawaran tersebut dan masih memikirkannya namun tidak menafikan yang beliau gembira membawa anaknya menjalani latihan bersama Arsenal dan dibimbing oleh jurulatih yang cukup disanjung tingginya.. Adios..

0 comments:

Post a Comment