30 December 2011

Arsenal and Ladies team news

Arsene Wenger mengesahkan yang Theo Walcott akan kembali mempertajamkan semula jentera serangan Arsenal yang dilihat agak terjejas tanpa kehadiran Walcott yang tidak sihat pada perlawanan menentang Wolves tempoh hari.. Berita ini sudah semestinya mengembirakan peminat Arsenal kerana kepantasannya mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan dan gandingannya bersama Robin Van Persie cukup serasi sepanjang musim ini..

Wenger mengesahkan yang Bacary Sagna dan Kieran Gibbs dijangka kembali menyertai semula pasukan pada penghujung bulan Januari dengan kemudiannya mereka bakal di sertai Jack Wilshere.. Ini turut menyaksikan Wenger masih belum membuat sebarang keputusan jelas sama ada mahu membawa masuk pemain full back pada pintu perpindahan musim sejuk bulan depan..

Sementara itu Utara London heboh dengan berita Theirry Henry semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan secara pinjamannya selama 2 bulan bersama Arsenal.. Dilaporkan Henry bakal menandatangani perjanjian tersebut sebelum tahun baru dan menurut beberapa laporan Henry dilihat tiada masalah untuk menandatangan perjanjian tersebut..

Kepulangan Henry yang merupakan lagenda kelab dan pemain yang paling disayangi peminat Arsenal, pastinya bukan sahaja mengembirakan peminat setia the Gunners, ianya juga pastinya menaikkan semangat di kem Arsenal.. Walaupun ianya hanya secara pinjaman untuk memback up RVP sepanjang ketiadaan Gervinho dan Marouane Chamakh, Atikah harap perjanjian ini akan diselesaikan dan Atikah pasti perjanjian ini bakal menerima sambutan hangat daripada peminat..

Sementara itu penjaga gol berusia 20 tahun Arsenal Ladies, Rebecca Spencer telah dilepaskan secara pinjaman sehingga Julai tahun hadapan di Perancis bersama pasukan ASJ Soyaux-Charent.. Spencer yang sebelum ini pernah dipinjamkan ke Gillingham Ladies tahun lepas terpaksa berdepan hakikat kurangnya tempoh bermainnya sejak menyertai Arsenal dari Watford..
Hakikat Spencer terpaksa menentang antara salah satu penjaga gol terbaik dalam bola sepak wanita iaitu, Emma Byrne dan menghabiskan keseluruhan masanya belajar dengan antara penjaga gol terbaik wanita, Arsenal Ladies General Manager, Vic Akers mengakui perpindahan secara pinjaman menjadi pilihan ideal kepada Spencer untuk mendapatkan masa bermain yang tidak pernah Spencer dapat sepanjang kariernya di Arsenal..

Walaupun Laura Harvey cuba memberikan beberapa peluang kepada Spencer dengan merehatkan Byrne pada beberapa perlawanan, jelas sekali Harvey masih mempercayai Byrne untuk mengawal pintu gol pasukan Arsenal walaupun Byrne telah pun berusia 32 tahun, namun pengalaman luasnya di pentas tertinggi dan kecekapan Byrne telah menyaksikan Harvey gagal untuk mengetepikan Byrne pada banyak perlawanan dan hakikat Byrne sering menjadi punca kepada kemenangan Arsenal, Harvey tidak mempunyai pilihan melainkan terus menurunkan Byrne..

Ini menyaksikan penjaga gol utama skuad simpanan, Sophie Harris yang dipanggil Harvey pada 2 perlawanan Champions League pada bulan September dan Oktober yang lalu bakal mengambil alih posisi Spencer di bangku simpanan Arsenal Ladies melainkan Akers dan Harvey membuat keputusan untuk membawa masuk seorang penjaga gol baru untuk kempen musim hadapan..

Namun dengan masa depan yang cerah menanti penjaga gol berusia 17 tahun yang menarik perhatian jurulatih akademi Arsenal semasa sesi pemilihan 2 tahun lepas, Harris dilihat bakal menjadi pemain muda seterusnya yang bakal menjadi kepercayaan Harvey dan peluang untuk belajar daripada antara salah seorang penjaga gol wanita terbaik dunia pastinya akan digunakan sepenuhnya Harris.. Adios..

0 comments:

Post a Comment