Arsenal Ladies 3-1 NTV Beleza
Arsenal Ladies melengkapkan jelajah amal Jepun mereka dengan kemenangan 3-1 ke atas NTV Beleza yang menamatkan Liga Nadeshiko di tangga kedua dengan hanya 1 mata dibelakang pasukan yang berjaya Arsenal Ladies ikat 1-1 pada perlawanan pertama mereka di Jepun.. Selepas mudah menundukkan Mushashigaoka College 5-0, Ladies tahu perlawanan kali ini tidak semudah seperti itu..Walau bagaimanapun Arsenal Ladies menjaringkan gol seawal minit ke-3 menerusi penyerang berbisa mereka, Ellen White yang sebelum ini telah pun mengecewakan peminat dan pemain Jepun hasil jaringannya semasa England menang 2-0 ke atas Jepun di peringkat kumpulan di Piala Dunia musim panas lalu..
Namun NTV Beleza menyamakan kedudukan selepas bola terkena lutut pemain pertahanan Arsenal Ladies, Ciara Grant yang terus menyaksikan penjaga gol utama Arsenal Ladies, Emma Byrne gagal melakukan apa-apa.. Namun Ciara Grant bangkit daripada gol sendiri selepas memastikan NTV Beleza tidak mendahului perlawanan selepas berjaya mengeluarkan bola daripada melintasi garisan gol selepas Emma ditewaskan oleh Iwabuchi..
Jordan Nobbs yang diberikan peluang untuk mengetuai bahagian tengah Arsenal sejak beberapa bulan ini menunjukkan mengapa beliau mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan trio Jayne Ludlow, Katie Chapman dan Kim Little apabila beraksi cemerlang setiap kali diturunkan dan Nobbs menjaringkan gol pertamanya di Jepun selepas sebelum ini membantu rakan sepasukannya..
Arsenal Ladies yang cukup dominan di separuh masa pertama memastikan mereka mendahului 3-1 seminit sebelum separuh masa pertama tamat selepas Jennifer Beattie yang sebelum ini telah meledakkan 3 gol dalam 2 perlawanan menambahkan gol ketiga pasukan dan keempat peribadinya sepanjang jelajah di Jepun selepas diberikan kepercayaan oleh Laura Harvey untuk memulakan perlawanan sepanjang perlawanan di Jepun..
Pada separuh masa kedua seperti yang di akui pengurus Arsenal Ladies, Laura Harvey, pasukan jelas nampak keletihan selepas terpaksa bermain 3 perlawanan dalam tempoh hanya 6 hari.. Walaupun Laura membuat keputusan untuk merehatkan beberapa pemain seperti Jayne Ludlow, Steph Houghton dan Yvonne Tracy pada perlawanan menentang NTV Beleza sebelum memasukkan mereka di separuh masa kedua, jelas Ladies keletihan di separuh masa kedua..
Namun Ladies melupakan kepenatan mereka kerana selepas itu Ladies meluangkan masa mereka bermain bersama-sama 200 kanak-kanak yang ada sebahagian daripada mereka merupakan mangsa gempa bumi.. Ladies yang baru selamat sampai di London kemudiannya meluangkan hari-hari terakhir mereka di Jepun sebelum berangkat pulang ke London.. Adios..
P/S : Atikah harap Arsenal Ladies datang ke Malaysia.. Wow dapat training dengan mereka memang boleh membuatkan Atikah gembira selama-lamanya.. Tapi kalau x dapat satu team dengan Emma Byrne pun jadilah.. SHE MY HERO!! Haha..
0 comments:
Post a Comment