Good news and bad news
Proses pemulihan Jack Wilshere disahkan Arsene Wenger berjalan dengan lancar.. Scan terbaru menyaksikan progress yang dilakukan Wilshere teramat-amat bagus namun Wenger menegaskan beliau tidak akan secara terburu-buru mendesak Wilshere kembali.. Wenger menjangkakan Wilshere hanya akan kembali membuat penampilannya semula pada pertengahan bulan Februari..Thomas Vermaelen dilihat akan beraksi sebagai bek kiri sekurang-kurangnya untuk satu perlawanan lagi selepas Kieran Gibbs dilihat bersedia untuk kembali mengisi posisi bek kiri pada perlawanan menentang Aston Villa ataupun Wolverhampton minggu hadapan.. Dengan Andre Santos terpaksa menjalani pembedahan dan direhatkan selama 3 bulan, kehadiran Gibbs semula pastinya melegakan sedikit kem Arsenal..
Namun berita buruk diterima daripada scan terhadap Carl Jenkinson.. Kecederaan Jenkinson dilihat bakal menyaksikan beliau terpaksa direhatkan untuk sekurang-kurangnya 4 minggu lagi sebelum satu lagi imbasan bakal dilakukan untuk mengesan sama ada kecederaannya telah pulih.. Ini membawa maksud Johan Djourou ataupun Laurent Koscielny bakal meneruskan tugas mereka di bek kanan sehingga kepulangan semula Bacary Sagna mahupun Jenkison.. Adios!!
1 comments:
tak sabar nak tengok wilshere bermain
17.12.11Post a Comment